PADOK MotoGP diselubungi kebimbangan mengenai nasib pasukan Honda, sama ada pasukan pengilang dari Jepun itu akan mengikuti jejak Suzuki meninggalkan kejuaraan dunia tersebut.
Portal permotoran Jepun, Shueisha Shinsho memetik kenyataan Presiden Honda Racing Corporation (HRC), Yasuharu Watanabe mengenai desas-desusu mengatakan pasukan itu akan bersara dari MotoGP akibat prestasi buruk.
Kami pantang berundur."
Sepanjang musim 2023, Marc Marquez dan rakan sepasukan Repsol Honda, Joan Mir cuma melengkapkan satu kejuaraan GP ketika Alex Rins memilih meninggalkan pasukan satelit LCR Honda demi Yamaha.
Watanabe turut berkongsi rancangan meraih semula kejayaan dunia itu;
Kami tiada pilihan melainkan membina motor lebih laju dan jentera boleh menang. Setiap kali aku pi tapak GP, aku selalu embang panjang dengan Marc.
"Kami perlu bangunkan dan serahkan jentera yang dia nak dan kami akan buat secepat mungkin. Juga (aku bagitau Marquez), sebab hang pun ada garis masa sendiri, kalau ada apa-apa kami tak setuju, mungkin juga masing-masing boleh buat keputusan masa itu.
"Macam mana pun, kami dan dia jumpa satu matlamat sama. Tapi, jom kita kerjasama dan kerja keras tanpa serah kalah hingga akhirnya."
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply