• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tular Video Skuter Honda BeAT Patah Dua, AHM Tampil Beri Penjelasan

Tular Video Skuter Honda BeAT Patah Dua, AHM Tampil Beri Penjelasan

August 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA video tular di Indonesia mengenai insiden skuter Honda BeAT patah dua dan frem berkarat. Salah satu klip video dikongsi akaun Instagram infodepok_id menunjukkan seorang lelaki dan wanita buntu memikirkan apa berlaku kepada skuter mereka.

Individu itu didengar berkata;

Ya, ia sudah patah, semasa di selekoh,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Info Depok (@infodepok_id)

Pemilik akaun TikTok, mahdom_14 pula memuat naik klip video menunjukkan karat teruk yang berlaku pada frem Honda Beat eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan netizen menganggap itu sebagai punca frem skuter tersebut patah dua. Lihat klip video di bawah;

@mahdom_14 Ajojing rungkad kawan😭 rangka nya keropos parah #rangkaesaf #beatdeluxe #hondabeat #ahmhonda ##ajojingalaajojing ♬ DJ Ajojing Ala Ala Ajojing By Maman Fvndy - HarrisDN

Justeru ramai netizen mahukan penjelasan mengenai situasi berkenaan, Pengarah Pemasaran Astra Honda Motor (AHM), Octavianus Dwi Putro tampil memberikan  jawapan.

Menurutnya, ada banyak faktor menyumbang kepada kejadian frem patah dua atau karat yang bergantung kepada kes setiap skuter. Octavianus berkata;

Bergantung kepada kes, kami banyak terima. Jika kes itu berkait kesilapan pihak pengeluar, kami akan menggantikannya.

"Ada sesetengah (kes) perlukan siasatan lanjut, kami akan menguruskannya, Jadi, ini bergantung kepada kes. Ada beberapa disebabkan cara penggunaan, selebihnya terkena air laut (air masin). Jadi, ada macam-macam kes. Sebab itu aku tak boleh cakap lebih, ikut kes demi kes."

Octavianus juga menyatakan pihak pengeluar ada syarat waranti yang mana pelanggan boleh mengemuka tuntutan terhadap masalah tersebut menerusi bengkel rasmi baik pulih AHASS.

Berdasarkan laman rasmi Astra Honda Motor (AHM), motosikal Honda terbahagi kepada tiga jenis waranti, iaitu:

  • Enjin: 3 tahun atau 30,000km (mana satu tiba dulu)
  • Frem dan Elektrik: 1 tahun atau 10,000km (mana satu tiba dulu)
  • Komponen PGM-FI:  5 tahun atau 50,000km (mana satu tiba dulu)

Tambahan lain, waranti adalah tertakluk kepada penukaran atau baik pulih kerosakan jika sesuatu komponen rosak disebabkan kesilapan pengeluaran, material atau produk material, dan kesilapan pembuatan.

Beliau berkata lagi;

Lebih kurang macam (kes) ini, ia hakisan. Sama kepada mereka yang tinggal di kawasan tepi pantai, ini lebih cepat terjadi. (Waranti) bergantung kepada kes lebih awal, yang masih termasuk dalam syarat atau tempoh perlindungan atau sebaliknya."

SUMBER: Kompas.com

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AHM Honda Indonesia, Astra Honda Motor (AHM), Auto Terkini, Honda BeAT, Honda BeAT Patah Dunia, isu keselamatan pengguna, Octavianus Dwi Putro, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, video tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my