Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tular Video Skuter Honda BeAT Patah Dua, AHM Tampil Beri Penjelasan
Auto Terkini

Tular Video Skuter Honda BeAT Patah Dua, AHM Tampil Beri Penjelasan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA video tular di Indonesia mengenai insiden skuter Honda BeAT patah dua dan frem berkarat. Salah satu klip video dikongsi akaun Instagram infodepok_id menunjukkan seorang lelaki dan wanita buntu memikirkan apa berlaku kepada skuter mereka.

Individu itu didengar berkata;

Ya, ia sudah patah, semasa di selekoh,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Info Depok (@infodepok_id)

Pemilik akaun TikTok, mahdom_14 pula memuat naik klip video menunjukkan karat teruk yang berlaku pada frem Honda Beat eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame) yang membuatkan netizen menganggap itu sebagai punca frem skuter tersebut patah dua. Lihat klip video di bawah;

@mahdom_14 Ajojing rungkad kawan😭 rangka nya keropos parah #rangkaesaf #beatdeluxe #hondabeat #ahmhonda ##ajojingalaajojing ♬ DJ Ajojing Ala Ala Ajojing By Maman Fvndy – HarrisDN

Justeru ramai netizen mahukan penjelasan mengenai situasi berkenaan, Pengarah Pemasaran Astra Honda Motor (AHM), Octavianus Dwi Putro tampil memberikan  jawapan.

Menurutnya, ada banyak faktor menyumbang kepada kejadian frem patah dua atau karat yang bergantung kepada kes setiap skuter. Octavianus berkata;

Bergantung kepada kes, kami banyak terima. Jika kes itu berkait kesilapan pihak pengeluar, kami akan menggantikannya.

“Ada sesetengah (kes) perlukan siasatan lanjut, kami akan menguruskannya, Jadi, ini bergantung kepada kes. Ada beberapa disebabkan cara penggunaan, selebihnya terkena air laut (air masin). Jadi, ada macam-macam kes. Sebab itu aku tak boleh cakap lebih, ikut kes demi kes.”

Octavianus juga menyatakan pihak pengeluar ada syarat waranti yang mana pelanggan boleh mengemuka tuntutan terhadap masalah tersebut menerusi bengkel rasmi baik pulih AHASS.

Berdasarkan laman rasmi Astra Honda Motor (AHM), motosikal Honda terbahagi kepada tiga jenis waranti, iaitu:

  • Enjin: 3 tahun atau 30,000km (mana satu tiba dulu)
  • Frem dan Elektrik: 1 tahun atau 10,000km (mana satu tiba dulu)
  • Komponen PGM-FI:  5 tahun atau 50,000km (mana satu tiba dulu)

Tambahan lain, waranti adalah tertakluk kepada penukaran atau baik pulih kerosakan jika sesuatu komponen rosak disebabkan kesilapan pengeluaran, material atau produk material, dan kesilapan pembuatan.

Beliau berkata lagi;

Lebih kurang macam (kes) ini, ia hakisan. Sama kepada mereka yang tinggal di kawasan tepi pantai, ini lebih cepat terjadi. (Waranti) bergantung kepada kes lebih awal, yang masih termasuk dalam syarat atau tempoh perlindungan atau sebaliknya.”

SUMBER: Kompas.com

AHM Honda Indonesia Astra Honda Motor (AHM) Auto Terkini Honda BeAT Honda BeAT Patah Dunia isu keselamatan pengguna Octavianus Dwi Putro PT Astra Honda Motor (AHM) roda2 video tular Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.