• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha MotoGP Mungkin Beralih kepada Enjin V4?

Yamaha MotoGP Mungkin Beralih kepada Enjin V4?

August 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Monster Energy Yamaha MotoGP sedar kemungkinan pelumba taruhan, Fabio Quartararo, yang juga mantan juara dunia MotoGP 2021, bakal dirisik pasukan lawan Honda.

Bos Yamaha, Lin Jarvis ketika ditanya portal GPOne mengakui menyedari risiko Quartararo dilamar pasukan lawan, tetapi optimis akan memberikan jentera kompetitif dalam mengekalkan pelumba tersebut dalam pasukannya.


Aku sedar, dan salah satu risiko datang dari Honda kerana mereka nak rider terbaik, dan Fabio salah seorang. Bagi kekalkan dia, kami kena ada motor yang kompetitif dan kami benar-benar kena tunjukkan dengan fakta yang kami beri tumpuan penuh," kata Jarvis.

Quartararo kini mempunyai baki kontrak dengan Yamaha hingga 2024 dan beliau akan bersama rakan pasukan baharu, Alex Rins yang menggantikan Franco Morbidelli.

Terdahulu, Quartararo kerap meluahkan rasa tidak senang dengan YZR-M1 kerana tidak kompetitif yang menjadi punca beliau gagal bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini.

Pelumba Perancis itu baru-baru ini mendakwa ujian MotoGP di Misano bulan depan bakal menentukan sama ada pelan penambahbaikan jentera Yamaha untuk MotoGP 2024 mampu membawa perubahan atau sebaliknya.

Jarvis berkata, pasaran pelumba MotoGP musim depan bakal menyaksikan perpindahan menarik. Beliau berkata;

Adakah Marc (Marquez) kekal atau bersara, terus bersama Honda atau pengeluar lain? Apa aku tau, kami mesti ubah sistem pembangunan kami.

Kami terbuka, mungkin kami akan perkenal enjin V4 nanti. Masih ada potensi dalam pakej kami.”

Jarvis menegaskan Yamaha mampu kembali gemilang sebagai pasukan yang membawa kejayaan Valentino Rossi dan kejuaraan dikecap Quartararo pada 2021.

Realitinya, pengeluar Eropah sudah mengatasi Jepun. Ini situasi yang boleh berlaku dalam sukan permotoran, dalam F1 juga. Adakah ini masih akan berlaku pada 2024? Kami tak tau lagi," katanya.

BACA >>> Quartararo Samakan 'Top Speed' YZR-M1 dengan Kura-Kura
BACA >>> Ujian GP Itali Tentukan Masa Depan Quartararo dengan Yamaha?

SUMBER: Crash.net

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Rins, Fabio Quartararo, Honda MotoGP, Kejuaraan Dunia MotoGP, Lin Jarvis, Marc Marquez, Monster Energy Yamaha MotoGP, Monster Energy Yamaha MotoGP Team, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my