• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Geely Tambah Satu Lagi Jenama Usahasama Syarikat AI untuk Hatchback EV Ji Yue 01 (2024)

Geely Tambah Satu Lagi Jenama Usahasama Syarikat AI untuk Hatchback EV Ji Yue 01 (2024)

September 5, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MENYOROTI artikel terbaharu mengenai Geely, baru-baru ini ada berita mengatakan Renault Group dan Geely Holding Group berkerjasama bagi menubuhkan syarikat teknologi trenkuasa baharu.

Carian juga menunjukkan smart, iaitu syarikat kenderaan elektrik (EV) Geely dan Mercedes-Benz bakal melancarkan model smart #1 di pasaran tempatan pada suku keempat tahun ini. Sebelum itu Geely juga menambah pegangan dalam Aston Martin kepada 17 peratus.

Terbaharu, Geely dan Baidu Inc mengumumkan pencapaian dalam kerjasama strategik dalam memperkenalkan Ji Yue, iaitu jenama teknologi pintar premium. Beginilah cara Geely menjalankan perniagaan, giat bekerjasama dan memiliki sejumlah jenama dan perniagaan automotif.

Baidu ialah syarikat teknologi multinasional dari China yang menumpukan perkhidmatan dan produk berkaitan Internet dan kecerdasan buatan (AI). Baidu juga antara syarikat AI dan Internet terbesar dunia.

Model pertama ialah Ji Yue 01, tetapi tidak banyak maklumat teknikal dikongsikan.

Maklumat rasmi dikongsi ialah, Ji Yue mensasarkan mendefinisi semula konsep mobiliti pintar yang memenuhi selera pengguna yang cenderung kepada teknologi dan penyelesaian mobiliti autonomi. Gambar dikongsi menunjukkan produk hatchback menarik dengan nuansa antarabangsa.

ji-yue-01-2024-1
JI YUE 01 2023.01

Selain jualan, servis dan pemasaran, Ji Yue juga akan membina dan membangunkan rangkaian pengecasan sendiri di China dalam memenuhi permintaan pelanggan untuk EV pintar.

Bekerjasama dengan Geely bermakna Ji Yue 01 menggunakan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architecture, SEA) seperti model Geely dan syarikat lain di bawah naungan.

Ji Yue 01 juga akan memanfaatkan kepakaran pengeluaran automotif Geely dan rantai pembekalan, manakala Baidu menyumbang teknologi AI seperti kabin pintar termaju dan pemanduan autonomi.

Maklumat diberi membayangkan Ji Yue ialah kereta dengan teknologi autonomi canggih. Ji Yue 01 bakal dilancarkan suku keempat tahun ini yang mana lebih banyak persoalan bakal terjawab.

BACA >>> Renault Group, Geely Meterai Kerjasama Tubuh Syarikat Teknologi Hibrid, ICE Kecekapan Tinggi
BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!

JI YUE 01 2023.01
JI YUE 01 2023.02
JI YUE 01 2023.03
JI YUE 01 2023.04
ji-yue-01-2024-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Baidu, Geely, Geely Holding, Ji Yue, JI YUE 01

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev