• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Melaka Buru Warga Asing Tanpa Lesen, 92 Notis Saman Keluar, 25 Kenderaan Disita

JPJ Melaka Buru Warga Asing Tanpa Lesen, 92 Notis Saman Keluar, 25 Kenderaan Disita

August 11, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBANYAK 92 notis dikeluarkan dalam Ops Khas PEWA sekitar Melaka Sentral, semalam dengan 25 kenderaan disita melibatkan dua motokar dan 23 motosikal, dilakukan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka.

Semua pemandu ditahan terdiri daripada lapan warga Bangladesh, 16 warga Myanmar (Rohingya) dan seorang Pakistan melibatkan beberapa kesalahan.

Operasi tersebut disertai 24 anggota berpakaian preman yang mengeluarkan 67 notis saman P(22), dan 25 notis sita kenderaan Sek 64(1).

JPJ menegaskan pemandu warga asing tidak dibenarkan memandu kenderaan tanpa lesen memandu. Justeru tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing memandu atau menunggang di bawah peruntukan undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebagai rekod, 72 unit kenderaan disita, dan sebanyak 436 notis dikeluarkan sepanjang Januari hingga Ogos 2023.

Sebarang aduan atau laporan boleh disalurkan ke e-Aduan@JPJ menggunakan aplikasi MyJPJ atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPJ menerusi pautan jpj.spab.gov.my.

BACA >>> JPJ Minta Pemilik Kenderaan Disita Kemas kini Alamat untuk Elak Dilelong
BACA >>> JPJ Sasar Kutip Hasil Lebih RM5b Menjelang Hujung 2023!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Melaka, Melaka Sentral, Ops Khas PEWA, warga asing memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev