TESLA memutuskan menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi ibu pejabat dengan lebih banyak penggunaan tenaga cekap menarik ditawarkan.
Berdasarkan hantaran dibuat Facebook, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima kunjungan Pengarah Urusan Tesla Malaysia, Isabel Fan untuk menandatangani persetujuan tersebut.
Tambah hantaran itu lagi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi sokongan penuh dengan inisiatif berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Kerajaan Malaysia Madani komited untuk memastikan kami memberikan sokongan penuh kami kepada semua syarikat terkemuka dunia supaya menjadikan Malaysia ibu pejabat serantau dan pintu masuk mereka ke ASEAN," kata kenyataan itu.
BACA >>> PM Setuju Rasmi Ibu Pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya dengan Syarat...
BACA >>> Tesla Kini Rasmi di Malaysia, SUV Elektrik Model Y Dijual Mula RM199k!
Leave a Reply