HONDA Malaysia melancarkan model Honda City (2023) baharu yang didatangkan dengan penambahbaikan luaran dan ciri termaju untuk terus mengekalkan dominasi dalam sedan segmen-B tempatan.
Ada lima varian diperkenalkan termasuk, dua versi RS pada harga jualan bermula RM84,900. Berikut perincian Honda City (2023) baharu:
VARIAN & HARGA
- e:HEV RS: RM111,900
- RS (petrol): RM99,900
- V: RM94,900
- E: RM89,900
- S: RM84,900
* Harga atas jalan tidak termasuk insurans
WARNA
- Semua varian petrol penuh didatangkan dalam lima warna pilihan: Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Crystal Black Pearl (hitam) dan Lunar Silver Metallic (perak).
- Honda City 1.5L e: HEV RS pula dalam tiga pilihan warna: merah, kelabu dan putih.
TRENKUASA
Ada dua pilihan enjin disediakan Honda City (2023) baharu, iaitu hibird dan konvensional.
e:HEV RS
- Enjin 4-silinder 1,498cc DOHC 16-injap i-VTEC (kitaran atkinson) i-MMD dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang dipadankan unit motor elektrik, manakala transmisi e-CVT. Output kuasa seperti berikut:
- Enjin: Kuasa 97hp @ 5,600-6,400rpm; Tork 127Nm @ 4,500-5,000rpm
- Motor: Kuasa 107hp @ 3,500-8,000rpm; Tork 253Nm @ 0-3,000rpm
S,E, V dan RS
- Enjin 4-silinder 1,498cc DOHC 16-injap i-VTEC dengan sistem suntikan bahan api (PGM-FI), berkuasa 119hp @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm, manakala transmisi automatik CVT.
DATA PRESTASI
- Model petrol 1.5L (S, E, V dan RS) mampu mencapai kelajuan maksimum 196kmj, manakala enjin hibrid 1.5L e:HEV pula 177kmj.
- Masa pecutan 0-100kmj untuk varian S dan E ialah 10.2 saat, manakala petrol V dan RS petrol 10.4 saat.
- Honda City e:HEV pula lebih pantas dengan catatan masa 9.9 saat untuk pecutan 0-100kmj.
PENJIMATAN PETROL
- Varian S, E, V danRS: 5.6 liter per 100km
- Varian e:HEV: 3.6 liter per 100km
PERUBAHAN LUARAN
- Honda City (2023) baharu menerima set bampar depan dan belakang baharu, termasuk rekaan gril diperbaharui dan rim lebih segar.
- Varian RS ada sedikit perubahan pada bampar depan, lampu kabus, skirt sisi, dan lencana RS dikemas kini serta difuser bampar belakang.
- Rim aloi berbeza mengikut varian dengan RS dan e:HEV RS menggunakan saiz 16 inci dwi-tona, manakala V, 16 inci satu tona.
- Varian E hadir dengan rim aloi dwi-tona dan S pula satu tona. Kedua-dua varian ini menerima rim 15 inci.
PERBEZAAN
- Varian RS, e:HEV RS, E dan V menerima sistem audio 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Kelebihan RS adalah sambungan dibuat secara wayarles. Varian S pula menggunakan sistem audio standard.
- Kecuali S, semua varian Honda City (2023) tersedia sistem penyaman udara automatik dengan latar lampu berubah pada tombol, iaitu biru untuk penurunan suhu dan putih untuk kenaikan suhu.
- Varian basis, S pula dilengkapi penyaman udara manual.
- Kluster instrumen ada perbezaan untuk siri RS dan varian lain iaitu:
- e:HEV RS: Kluster instrumen TFT 7 inci definisi penuh (HD) dengan paparan maklumat hibrid dan jarum indikator merah.
- RS: Kluster instrumen TFT 7 inci HD dan jarum indikator merah.
- S, E dan V: Kluster instrumen 4.2 inci TFT dengan ambien putih dan hijau.
- Semua varian disediakan penyaman udara untuk penumpang belakang.
- Varian S dan E mendapat material kulit tiruan (leatherette) pada stereng dan tombol gear serta kerusi fabrik. Varian V, RS dan e: HEV RS mendapat material kulit dalam kabin.
- Siri RS menerima pedal kaki sport, manakala varian lain pedal biasa.
- Hendal pintu varian E dan V berwarna krom, manakala varian lain mengikut warna badan.
HONDA SENSING
Apa menarik, semua model dilengkapi ciri keselamatan termaju Honda SENSING, terdiri daripada:
- Low Speed Follow (LSF) - hanya untuk varian e:HEV RS
- Lead Car Departure Notification (LCDN)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Ciri keselamatan lain ialah enam beg udara dan kunci pintu automatik apabila pemandu meninggalkan kereta Walk Away Auto Lock.
Versi RS dan e:HEV RS pula menerima bonus konektiviti telefon pintar Honda CONNECT sebagai ciri standard, tetapi pemilik varian lain juga boleh menikmati aplikasi Honda CONNECT sebagai pakej opsyen. Harga istimewa ditawarkan cuma RM1,500 hingga Januari 2024.
Leave a Reply