SELEPAS berjumpa 24 syarikat p-hailing untuk membincangkan kadar upah rendah diterima penghantar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran kepada golongan penghantar perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) diterajui Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Anwar berkata, semua syarikat pengendali memberikan komitmen untuk lebih telus dalam menentukan dan mengira upah golongan penghantar, termasuk meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.
Menurut kenyataan Anwar;
Penelitian lanjut ini penting dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.
"Ikhtiar ini membuktikan Kerajaan peka dan mengambil berat kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan."
Perjumpaan PM dengan 24 syarikat p-hailing dibuat berikutan komitmen beliau ketika mengadakan perjumpaan bersama rakan penghantar 22 Julai lalu.
Dalam sesi itu, Perdana Menteri menyampaikan keluhan penghantar berhubung isu kadar upah penghantaran. Sesi tersebut turut disertai lima wakil penghantar bagi memberi pandangan dan mendengar maklum balas syarikat,
Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial dan keperluan latihan peningkatan kemahiran,” katanya.
Anwar turut mendengar pandangan dan aduan syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Kelang yang tertumpu kepada perkhidmatan luar bandar.
BACA >>> Isu Kadar Upah Rendah, PMX Jumpa Syarikat P-Hailing 8 Ogos Ini
BACA >>> Tutup Jalan Sungai Besi Setahun, Anthony Loke Minta PMX Kaji Semula
SUMBER: Utusan
Leave a Reply