• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup SUV Google Street View Langgar Lampu Merah Sampai Terjun Sungai

Polis Cekup SUV Google Street View Langgar Lampu Merah Sampai Terjun Sungai

August 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Google Maps yang terbabas ke dalam sebatang anak sungai ketika cuba melarikan diri dalam aksi kejar-mengejar di Indiana, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan, pemandu berkenaan dipercayai memandu melebihi had laju, termasuk melanggar lampu isyarat merah.

Insiden berlaku ketika seorang anggota dari Jabatan Polis Middletown mengesan sebuah SUV dipandu pada kelajuan kira-kira 100 batu sejam (160kmj) arah barat Lebuhraya US Route 36.

Anggota penguat kuasa kemudian mengenal pasti kenderaan itu sebagai kereta Google Maps yang sedang mengumpul imej untuk aplikasi Street View.

Ketika anggota polis cuba menghampiri, pemandu SUV tersebut meningkatkan halaju hingga melebihi had kelajuan dibenarkan dan melanggar lampu isyarat merah.

Bagaimanapun, aksi kejar-mengejar itu berakhir apabila pemandu SUV tersebut cuba mengelakkan sebuah jambatan ditutup hingga hilang kawalan dan terjunam ke dalam anak sungai.

Pemandu SUV tidak memberi sebarang alasan enggan berhenti, tetapi mengakui takut hendak berhenti.

Suspek dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum dijel, dan berdepan tuduhan cuba menghalang tindakan penguatkuasaan dengan kenderaan.

Google dilaporkan memaklumkan SUV Street View itu dipandu kontraktor luar. Jurucakap Google berkata;

Kami amat mengambil berat aspek keselamatan operasi Street View. Kami komited bekerjasama dengan syarikat dilantik dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk menangani isu ini."

SUMBER: TheDrive

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Google Map, Google Street View, Jabatan Polis Middletown, kemalangan jalan raya, Kereta Google Street View Langgar Lampu, Lebuhraya US Route 36

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my