• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Jual Lebih 8.3k Kenderaan Toyota, Lexus Bulan Lalu, Kini Perluas Rangkaian Pengedar

UMWT Jual Lebih 8.3k Kenderaan Toyota, Lexus Bulan Lalu, Kini Perluas Rangkaian Pengedar

August 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) mencatat jualan 8,349 unit kenderaan jenama Toyota dan Lexus sepanjang Julai 2023. Prestasi jualan bulan lalu itu menunjukkan peningkatan 25.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jualan bulan lalu membabitkan 8,200 unit model Toyota dan 149 unit model Lexus yang mana jumlah jualan sejak Januari hingga Julai tahun ini ialah 57,008 unit kenderaan.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata;

Pertumbuhan berterusan jualan kami ialah bukti kenderaan Toyota menawarkan nilai prestasi dan kebolehpercayaan. Untuk menambah baik pengalaman pemanduan dan pemilikan Toyota, kami menambah akses lebih luas kepada pusat servis dan jualan serta servis Extra Mile dan promosi bulanan.”

TAMBAHAN, NAIK TARAF PREMIS

Armada KK Automobile
  • Membuka premis baharu di Batu 6, Jalan Penampang, Sabah
  • Menawarkan pusat servis dan jualan kenderaan di Penampang dan kawasan sekitar Kota Kinabalu.
  • Pusat berstatus 3S, dan dilengkapi 18 ruang baik pulih kenderaan.
E.S. Yang Motor
  • Mendirikan premis Toyota berstatus 4S di Muar di Jalan Dato' Haji Kosai, Johor
  • Cawangan itu menggabungkan pusat 1S, 2S dan cawangan cat dan ketuk Body & Paint menjadi satu premis.
  • Ada 14 ruang servis kenderaan dan 20 ruang cat kenderaan.

PROMOSI

  • Sepanjang Julai lalu, Toyota mengadakan promosi bulanan hingga pembiayaan 100 peratus untuk kenderaan baharu.
  • Pelanggan juga boleh memilih pelan bayaran ansuran bulanan rendah, serendah RM628 sebulan untuk model Toyota Yaris.
  • Pada masa sama, pelanggan menikmati rebat tunai hingga RM10,000 dengan pembelian Toyota Camry baharu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Ravindran K., Lexus, Roda4, TIV UMWT Julai 2023, Toyota, Toyota Malaysia, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my