• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha YZF-R6 Di Amerika Bulan Ini, Malaysia Bila Pula?

Yamaha YZF-R6 Di Amerika Bulan Ini, Malaysia Bila Pula?

April 4, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Yamaha YZF-R6 sejak Oktober tahun lalu membuatkan ramai peminat tidak keruan. Bakal mendarat bulan ini, Yamaha Amerika Syarikat (AS) sudah mula membuka tempahan model tersebut dengan slogan 'Jadilah yang Pertama Atas Jalan... untuk Memilikinya' (Be The First On The Track…To Own It).

Malah, 500 pembeli pertama bakal menerima aksesori Quick Shifter percuma  bernilai AS$199 (RM878). Berdasarkan data didedahkan, motor ilham rupa Yamaha YZF-R1 itu menawarkan teknologi kawalan elektronik terbaik dan ciri badan aerodinamik.


Yamaha AS bakal menawarkan tiga opsyen warna, iaitu Matte Black (hitam), Team Yamaha Blue (biru) dan Intensity White/Matte Silver (putih/perak). Harga seunit model bermula AS$12,199 (RM53,823) seunit. Enjin 599cc DOHC penyejukan cecair itu mampu menghasilkan kuasa 116.8hp pada 14,500rpm dan tork 61.7Nm (10,500rpm). Hantaran kuasa pula diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan dengan klac gelincir multiplat.

CIRI BAHARU YAMAHA YZF-R6 (2017):

GAYA R SERIES

Fairing baharu tirus ialah isyarat awal bahawa model versi 2017 ini akan didatangkan dengan ciri aerodinamik dipertingkat. Penampilan lampu LED membuatkan rupa depan nampak 'jahat' dan dilengkapi kombinasi lampu signal belok di depan, tangki aluminium baru, bahagian belakang gaya R1 dengan kemasan kerusi lebih baik.

BANTUAN ELEKTRONIK LENGKAP

Terima kasih teknologi ride-by-wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T)! Gabungan bantuan elektronik memberikan penunggang lebih kawalan termasuk pilihan respon enjin D-Mode, sistem kawalan traksi multi-mod dan aksesori quick shifter.

SUSPENSI R1

Bagi memastikan keyakinan mutlak pada tayar depan dengan respon ideal, R6 baharu ini dilengkapi suspensi fork terbalik KYM 43mm di depan, manakala penyerap hentak KYB baharu ialah jenis boleh laras.

CIRI ABS

Model ini menampilkan brek cakera bersaiz 320mm dengan kaliper Nissin, termasuk ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk hentian lebih sempurna.

Setakat ini, masih tiada ura-ura bilakah masanya jentera ini akan mengasah jalan raya Malaysia. Harap bersabar dan terus berdoa.

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportsbike, Yamaha, Yamaha AS, Yamaha R6 (2017)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev