• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan (Modenas)Kawasaki ZX-25R Dibuka, Harga Masih Misteri!

Tempahan (Modenas)Kawasaki ZX-25R Dibuka, Harga Masih Misteri!

August 6, 2023 By Sharil Leave a Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan mengumumkan tempahan untuk Kawasaki ZX-25R di pasaran Malaysia telah pun dibuka.

Bagaimanapun, harga bagi jentera 250cc empat silinder itu hanya akan didedahkan dalam masa dua minggu lagi dan pelancarannya dijangka berlaku pada suku ketika tahun ini atau lebih tepat, pada awal September.

Ketika ini, motosikal itu sudah siap di kilangnya dan hanya menunggu proses dokumentasi buat masa ini.

Roslan sebelum ini telah mengesahkan bahawa model ini bakal dibawa masuk ke Malaysia sebagai motosikal Modenas dan bakal dipasang di negara ini secara CKD, memandangkan ia masih lagi di bawah 250cc.

Berdasarkan perjanjian kerjasama antara Kawasaki dan Modenas, semua model Kawasaki yang dipasang di sini bakal dilencanakan semula dengan lencana Modenas, seperti yang berlaku pada Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250.

Walaupun harganya masih misteri, perbandingan kasar dapat dibuat berdasarkan harga jentera ini di pasaran serantau memandangkan jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Di Filipina, ZX-25R dijual pada harga 410,000 PHP (RM32,566) manakala di Thailand ia dijual pada harga 299,000 baht (RM38,417). Di Indonesia pula, pasaran itu menerima 3 varian berbeza iaitu ZX-25R berharga Rp105,000,000 (RM30,138), ZX-25R ABS SE berharga Rp 123,500,000 (RM35,439) serta ZX-25RR pada harga Rp 129,900,000 (RM37,275). 

Berdasarkan sumber kami di Modenas, harga Kawasaki Ninja ZX-25R ini mungkin berada dalam lingkungan RM35,000 atau lebih murah kerana pada tahun lalu, CEO Modenas berkata memandangkan ia bakal membawa lencana Modenas dan dipasang di sini, harganya bakal menjadi lebih ‘menarik’.

ZX-25R merupakan sebuah Sportbike 250cc paling berkuasa di dunia dengan enjin empat strok, empat silinder berkapasiti 249.8cc DOHC dengan sejukan cecair yang menghasilkan output 51PS @ 15,500rpm (dengan Ram Air) serta 22.9 Nm @ 14,500rpm dan mampu mencapai 197 kilometer sejam sebagai kelajuan maksimum.

Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi enam kelajuan bersama klac jenis Assist dan Slipper. Antara perincian lain termasuklah mod tunggangan, kawalan cengkaman KTRC, casis trellis, Throttle valve elektronik, fork USD SFF-BP 37 mm di depan dan monoshock Horizontal Back-link dengan pelarasan pra beban di belakang.

Kemasukan Kawasaki ZX-25R ini ke dalam pasaran Malaysia bakal memberi saingan kepada Honda CBR250RRyang ketika ini dianggap sebagai Raja Sportbike 250cc di Malaysia. Antara CBR250RR atau ZX-25R, mana satu lebih padu bagi anda?

BACA >>> KMI Kemas Kini Warna Kawasaki ZX-25R SE (2024) di Indonesia, Harga Tak Naik!
BACA >>> Modenas Lancar Kawasaki Ninja ZX-25R Pada Jun/Julai, Harga Bawah RM35k?

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 250, 4 silinder, Kawasaki, Kawasaki ZX-25R (2023), Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev