• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Teaser Ke-2 Modenas Kriss MR2 Didedahkan - Cantik Tak?

Teaser Ke-2 Modenas Kriss MR2 Didedahkan - Cantik Tak?

March 28, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

modenas kriss mr2SELEPAS mengeluarkan teaser pertama semalam, Modenas hari ini terus memberi kejutan dengan mempamerkan foto kedua yang dikatakan bakal membuat kemunculan dalam masa terdekat.

Merujuk kepada artikel kami semalam, model yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat adalah Modenas Kriss MR2 dan bukannya moped 150cc. Berdasarkam foto kedua, ia mengesahkan lagi bahawa model itu bukanlah moped 150cc Modenas sebaliknya MR2.

Pihak media juga sudah menerima jemputan rasmi yang menyatakan Modenas Kriss MR2 akan dilancarkan pada 6 April depan.

Bagaimanapun, kami masih belum didedahkan spesifikasi penuh model itu. Buat masa ini, kami dikhabarkan model ini adalah bagi menggantikan Modenas MR1.

Dari aspek mekanikal, Modenas Kriss MR2 akan dipadankan dengan enjin bersesaran 110cc. Manakala paras rupa pula dikatakan ada iras-iras Yamaha Lagenda.

modenas kriss mr2BERAPA HARGA?

Begitu juga dengan harga. Kami tidak dimaklumkan dengan harga jualan Modenas Kriss MR2. Jika dibandingkan dengan Modenas MR1 yang dijual pada harga sekitar RM3,000, kami menjangkakan Kriss MR2 turut akan berada pada paras itu. Mungkin sekitar RM3,000 hingga RM3,500. Sama-sama kita nantikan 6 April depan.

Buat yang sedang tertunggu-tunggu kehadiran moped 150cc Modenas, kami ingin maklumkan penantian anda mungkin tidak akan kesampaian. Nak tahu kenapa? Anda boleh baca artikel di bawah.

BACA >>> Moped 150 Modenas Tak Jadi Jual?

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, modenas kriss, modenas kriss mr2, moped 150 modenas, mr1, mr2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev