• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tutup Jalan Sungai Besi Setahun, Anthony Loke Minta PMX Kaji Semula

Tutup Jalan Sungai Besi Setahun, Anthony Loke Minta PMX Kaji Semula

August 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN penutupan Jalan Sungai Besi selama setahun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengkaji semula keputusan tersebut.

Menurut Loke, sebelum sebarang jalan ditutup, ia mesti dirancang sebaik-baiknya dan perlu ada komunikasi lebih baik dengan orang ramai

Jawatankuasa Kabinet Kesesakan Jalan Raya mengarahkan jalan yang ditutup lama mesti dipercepat kerja pembaikan dan dibuka semula kepada orang ramai.

Kementerian akan mengikuti rapat perkembangan tersebut yang menurut Loke, perbincangan bersama jawatankuasa keadaan jalan raya akan diadakan hujung bulan ini.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kenyataan Jalan Sungai Besi (arah selatan) akan ditutup setahun bermula Sabtu ini hingga 4 Ogos 2024 bagi membolehkan kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Menurut DBKL, jalan terlibat adalah menghala ke Sungai Besi dan Petaling Jaya (depan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew.

Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan lencongan trafik yang disediakan seperti berikut:

  • Lalulintas dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.
  • Lalulintas dari Sungai Besi/ Petaling Jaya untuk ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan ke susur kiri melalui Bulatan Loke Yew.
  • Lalulintas Cheras menghala ke Jalan Loke Yew hanya dibenarkan membuat pusingan U menghala Cheras semula. Pengubahsuaian adalah kekal.
  • Lalulintas dari Cheras menuju Jalan Sungai Besi pula dengan melalui Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga.
  • Lalulintas dari Cheras menghala ke Jalan Yew perlu melakukan pusingan U di persimpangan flyover di Jalan Maharajalela. Laluan sama juga sama untuk lalulintas dari Cheras menuju kawasan persekitaran Jalan Yew.
  • Lalulintas Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Loke Yew dan Jalan Sungai Besi akan dilencongkan ke Jalan Yew menghala Bulatan Pudu sahaja. Sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya hendaklah membuat pusingan U di SMK (P) Pudu.
  • Lalulintas Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup sepanjang tempoh pembinaan. Laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.

Jalan Sungai Besi ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja merobohkan jambatan susur dan membina semula jambatan di Bulatan Pudu menghala Jalan Sungai Besi (sebelah Balai Polis Pudu) dijalankan.

BACA >>> KKR Belanja RM73.4 Juta Baiki Jalan Sepanjang 6 Bulan Pertama 2023
BACA >>> KKR Lancar Kempen Keselamatan Infrastruktur Jalan Bulan Ini

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Sungai besi, Kuala Lumpur, Menteri Pengangkutan Malaysia, Penutupan jalan, PM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev