• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pihak Berkuasa Serbu Rumah CEO Hero MotoCorp, Disyaki Ubah Wang Haram

Pihak Berkuasa Serbu Rumah CEO Hero MotoCorp, Disyaki Ubah Wang Haram

August 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DIREKTORAT Penguatkuasaan India (ED) merampas aset bernilai AS$3 juta (RM13.7 juta) daripada Pengerusi Hero MotoCorp, Pawan Kant Munjal dan beberapa individu lain berikutan siasatan aktiviti pengubahan wang haram.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berikutan aduan berhubung 540 juta rupee (RM29.7 juta) dalam bentuk mata wang asing dan barang berharga dipindah keluar secara haram ke luar negara melalui vendor pihak ketiga, kemudian digunakan Munjal untuk perbelanjaan peribadi.

ED menemui mata wang asing, wang tunai, emas dan barang kemas berlian bernilai kira-kira 250 juta rupee (RM13.7 juta) selepas menjalankan pemeriksaan ke atas 12 premis milik syarkat dan pihak lain.

Hero yang juga pengeluar motosikal terbesar India kelmarin menyatakan pegawai daripada agensi penguatkuasaan itu melawat pejabat suspek di Delhi dan Gurugram selain kediamannya.

Tindakan ED dibuat selepas Kementerian Hal Ehwal Korporat mengarahkan satu siasatan pada Jun lalu berhubung hubungan Hero dengan vendor pihak ketiga, Salt Experience and Management berhubung kes dakwaan pemindahan dana.

Hero juga pernah disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri India tahun lalu, tetapi syarikat itu menyatakan tindakan itu cuma bersifat 'rutin siasatan'.

BACA >>> Hero Karizma (2024) Lancar di India 29 Ogos, Pencabar Bajaj Pulsar RS200, Suzuki Gixxer SF 250
BACA >>> Hero Xtreme 200S 4V (2023) Bakal Cabar Populariti Pulsar RS200 di India, Harga RM7.8k!

SUMBER: Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hero Motocorp, Kes Seleweng Dana Hero, Pawan Kant Munjal, Pengubahan Wang Haram, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev