• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Hari ini!

Pengguna Lebuhraya MEX Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Hari ini!

August 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) boleh menggunakan kad kredit dan kad debit untuk membuat bayaran tol bermula esok (3 Ogos 2023).

Ini menandakan Lebuhraya MEX menjadi akses lebuh raya terawal melaksanakan  Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT). Bayaran menggunakan dua kad tersebut adalah alternatif kepada Touch ‘n Go (TnG), SmartTAG dan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, enam lorong di Lebuhraya MEX akan menerima kaedah pembayaran alternatif tersebut sebagai permulaan.

Beliau berkata;

Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September 2023.

“Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX adalah antara 12 lebuh raya terawal yang akan melaksanakan sistem SPT yang mana pengujian sistem sudah bermula pada Julai 2023 bagi memastikan kesediaan dan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).”

12 LEBUHRAYA SPT LAIN

Kemudahan SPT bakal diluaskan kepada 12 lebuh raya dalam masa terdekat iaitu:

  • Lebuhraya MEX
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Besraya
  • Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Sistem SPT yang beroperasi penuh kelak melibatkan 12 lebuh raya dengan 31 plaza tol dan 81 lorong.

BAGAIMANA PERSEDIAAN SPT?

Alexander menjelaskan KKR akan menerima makluman dari semasa ke semasa berhubung tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang sedang dijalankan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) secara berperingkat bersama syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata;

Pelaksanaan SPT harus dijalankan teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan.

“Sementara itu KKR ingin menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan baki kad debit/kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol.

“Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain ataupun kad TnG.”

Beliau berkata, pengguna perlu menyentuh kad di tempat ditetapkan pada terminal SPT bagi memastikan kelancaran pembayaran tol secara SPT.

Semua syarikat konsesi terlibat dengan inisiatif SPT akan menempatkan petugas di lorong tol untuk memberi panduan kepada pengguna jika perlu.

SUMBER: TV3

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Kerja Raya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Roda4, Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev