PEMEGANG lesen memandu motosikal atau motokar DIKECUALIKAN menghadiri kursus dan ujian teori (KPP01) jika mahu mendapatkan lesen kelas kenderaan berbeza.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan mengumumkan peraturan terbaharu itu akan berkuat kuasa 15 September depan.
Menurutnya, individu hanya perlu memperbaharui semula lesen belajar memandu dan mendaftar di mana-mana institut latihan memandu.
Loke berkata;
Berkuat kuasa 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada LMM (lesen memandu) kelas motosikal atau motokar dan berhasrat mendapatkan LMM kelas berbeza (sama ada motosikal atau motokar), adalah dikecualikan menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01.
"Sebagai contoh, seseorang yang lulus ujian KPP01 (teori) dalam lesen memandu motosikal, tidak perlu menduduki KPP01 kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar.
"Namun, calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian KPP02 (praktikal di litar), dan KPP03 (praktikal di jalan raya) secara berasingan apabila mengambil LMM motosikal dan LMM motokar."
HAD UMUR KEKAL
Loke juga menjelaskan had umur memohon lesen memandu motosikal kekal 16 tahun, dan 17 tahun untuk lesen memandu motokar.
Selain itu, individu yang memohon lesen memandu mesti bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
SUMBER: FMT
Zainuddin b said says
Sy sudah lulus Lkm Dan telah tamat tempoh lesen L motosikal pada Bulan 6/2023 tanpa sy sedari Dan sekarang apa yg perlu sy buat untuk menghidupkan lesen L motosikal? Ini kerana faktor masa Dan duit yg menyebabkan sy tk sempat untuk renew lesen L motosikal. Sy Mohon pihak yg berkuasa dpt membantu atau memberi penjelasan ats masalah sy. Terima kaseh.
Azhan O says
Wajib renew setiap tahun. Dan L tu valid takat 2 tahun saja. Kalau tak upgred ke P selepas tu. l, kena ambik lesen semula
along says
saya dah memang ada lesen kelas D. macam mana cara utk mohon lesen L kelas B ye ? kena pergi ke JPJ atau institut memandu..?
Azhan O says
Sekolah memandu pun boleh
Yan says
Contoh klau saya dah ada lesen memandu kereta dan dlm masa yg sama saya ada lesen motor L. Perlu ka saya ambil ujian litar utk lulus P ?
Nouxman says
Nak tanya, jika saya sudah pegang lesen D sudah hampir 6 tahun dan baru ingin menambah B2, saya masih perlu ambil teori/ujian komputer atau akan terus dapat lesen L?
Yusof says
Sudah ada cdl motokar,perlukah untuk motosikal bermula dengan pdl dulu atau terus cdl?
Zakaria Mohd Harun says
B full kos 2024 rm950 (Rawang), kalau apply disekolah memandu, mereka terus minta rm500 advance (pengalaman daftar adik pada January 2024). Duit tak ada ni sbb nak lepas adik dahulu. Belanja dia dah tinggi untuk dapat B Full sbb 2x fail. Setiap kali fail kena bayaran tambahan rm210 untuk ujian semula. Maknanya 950+210+210 = rm1370. Bagaimana untuk apply L B full sahaja dahulu. Boleh ke terus ke JPJ? Saya sekarang hanya ada lesen D. Ada cadangan yg boleh membantu saya.
Nur Syaza Zafirah Nazar Azman says
Saya dah lesen kereta, dah habes P dah …
Dan saya pernah ad L moto, dah buat kelas litar 8 jam .. cume kerana PKP klass litar moto saya tak dapat diteruskan , dan kemudian saya pregnant , cikgu klass saya x benarkan saya habeskan baki klass litar, maka L saya pon dah mati melebihi 2 tahun .. skrg saya nak amek lesen moto .. ape yg perlu saya buat dan teruskan ?
Alan says
Sy dah ada lesen D, skrg sy nak ambil lesen b2, dgr org2 ckp renew L,. Sy ke jpj utc untuk renew L, dia cap x boley sbb Renew L utk B2 surah sy ke jpj untuk ambil lesenL b2.. opening mana 1 betul ni
Azhan O says
B2 tu upgred dari L. Tak payah renew L melainkan memang nak pakai L lagi. Boleh rujuk JPJ