• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Kadar Upah Rendah, PMX Jumpa Syarikat P-Hailing 8 Ogos Ini

Isu Kadar Upah Rendah, PMX Jumpa Syarikat P-Hailing 8 Ogos Ini

August 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu syarikat pengendali perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau parcel hailing (p-hailing) pada 8 Oogos ini bagi membincangkan isu kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan, Perdana Menteri mengarahkan satu pertemuan diadakan bersama syarikat terlibat susulan perjumpaan dengan pekerja penghantar perkhidmatan p-hailing pada 22 Julai lalu bagi memahami cabaran dihadapi mereka.

Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi perhatian terhadap isu kebajikan pekerja p-hailing dan terus komited dalam usaha memelihara kesejahteraan mereka di samping memastikan kemampanan pembangunan industri p-hailing selaras dengan konsep Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.

Pada 22 Julai lalu, Anwar meminta tempoh seminggu untuk bertemu dengan syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat terlibat mengenai isu berbangkit yang dilihat membebankan pekerja p-hailing.

BACA >>> Kementerian: APAD Akan Kawal Selia Pendapatan Pekerja P-Hailing
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing

SUMBER: Bernama

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Foodpanda, grab, kadar upah rendah, P-Hailing, PM Anwar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my