PENJENAYAH di Indonesia cuma memerlukan masa kurang 5 saat untuk mencuri sebuah motosikal, kata Ketua Polis Sektor Tambora, Putra Pratama.
Menurutnya, langkah menangani insiden kecurian motosikal adalah melibatkan semua peringkat dari pengeluar hingga pengguna akhir.
Jenayah kecurian motosikal bukan hanya kerana pencuri ada niat, tetapi juga disebabkan wujud peluang dan situasi yang menyokong insiden berkenaan untuk berlaku.
Jadi, paling penting, usaha-usaha untuk menghalang kecurian berlaku perlu dilakukan dari peringkat huluran iaitu motosikal dihasilkan (pengeluar asal).
"Dari pihak huluran (upstream), mereka perlu menggalas tanggungjawab mencegah pengguna awam menjadi mangsa jenayah kecurian. Upstream ialah pengeluar motosikal. Mereka perlu menambah baik ciri keselamatan motosikal keluaran masing-masing yang dijual kepada orang ramai," kata Putra.
Putra menegaskan setiap kelemahan ditemui kumpulan penjenayah bermaksud pengeluar motosikal, termasuk pemilik sesuatu jenama perlu terus melakukan penambahbaikan.
Berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian curi banyak dilaporkan di media sosial dan berlaku di hampir semua wilayah Indonesia.
"Daripada rakaman ini, memang jelas dilihat penjenayah mudah mencuri motosikal (atau skuter) dalam beberapa saat. Buat masa ini, masa diperlukan penjahat untuk mencuri motosikal semakin pantas, kurang 5 saat."
Baru-baru ini, Polis Tambora menangkap anggota geng curi motosikal menerusi penahanan sebuah trak yang membawa kepada penemuan 18 skuter curi.
Ciri keselamatan motosikal dengan pengatup lubang kunci sebenarnya tak guna. Sebabnya, ia sangat mudah dibuka dengan menggunakan alatan magnet biasa yang dijual bebas."
Antara model skuter diminati kumpulan pencuri di Indonesia ialah Honda BeAT, Vario dan Scoopy selain produk Yamaha seperti Mio dan NMAX.
Ketika menjawab soalan mengapa model tersebut digemari pencuri, Putra berkata;
Mengapa motosikal (skuter) jenis ini? Selain fakta model ini paling banyak digunakan orang ramai, punca lain ialah kenderaan seperti ini memiliki ciri atau sistem keselamatan paling lemah."
SUMBER: Kompas
Leave a Reply