• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kereta Keselamatan BMW M Division - Kerjasama 2 Dekad dalam MotoGP

Kereta Keselamatan BMW M Division - Kerjasama 2 Dekad dalam MotoGP

April 6, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM setiap perlumbaan profesional, ada beberapa perkara yang selalu diberikan perhatian, iaitu pelumba, pasukan dan aksi perlumbaan itu sendiri. Namun, ada lagi perkara tidak kurang penting, iaitu kereta keselamatan yang dipandu khas mengelilingi litar bagi memastikan kondisi trek perlumbaan selamat.

Kereta yang dipilih bukan calang-calang, manakala aksi pemanduan mengelilingi litar pula, yang dipandu pemandu profesional, juga tidak kurang mengujakan. Sebaik saja selesai mengelilingi litar, semua tahu perlumbaan akan bermula tidak lama lagi dan debaran mula terasa.

DUA DEKAD DENGAN MOTOGP

BMW M2 MotoGP Safety Car.25
BMW M2 MotoGP Safety Car.24
BMW M2 MotoGP Safety Car.28

Dalam perlumbaan MotoGP, BMW M Division, iaitu divisi prestasi BMW, sudah terlibat hampir dua dekad lama dalam membekalkan kereta keselamatan rasmi untuk siri perlumbaan tersebut. MotoGP ialah kemuncak perlumbaan motosikal yang disertai pelumba terbaik dunia, di mana motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang turut dijadikan prototaip untuk kajian teknologi dan inovasi sebelum dibawa ke jalanan.

Ciri-ciri MotoGP sangat sinonim dengan BMW M Division yang mempunyai DNA prestasi dan permotoran. Sejak 1999 lagi BMW sudah terbabit dalam MotoGP. Kini, kerjasama dengan Dorna Sports selaku penganjur MotoGP semakin berkembang dan berterusan pada masa hadapan.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP, Perlumbaan Motosikal Paling Prestij Dunia

DUA DEKAD BEKERJASAMA

BMW M2 MotoGP Safety Car.21
BMW M2 MotoGP Safety Car.23
BMW M2 MotoGP Safety Car.22

Pada 2014, Dorna Sports dan BMW M Division mengukuhkan lagi hubungan masing-masing dengan memeterai kerjasama baharu hingga 2020. Uniknya, hubungan yang terjalin hampir 20 tahun itu sangat jarang berlaku dalam arena sukan permotoran antarabangsa.

Ikon dalam kerjasama itu semestinya barisan kereta keselamatan BMW M Division yang digunakan dalam MotoGP. Bermula perlumbaan musim lepas, BMW M Division membekalkan model kereta keselamatan, BMW M2 MotoGP.

Walaupun prestasi BMW M2 sudah sedia terbukti, tetapi kereta-kereta buatan divisi khas itu tetap dirombak dan diubah suai semula supaya menepati ciri-ciri keselamatan dan penampilan dalam litar. Antara pengubahsuaian dilakukan ialah pemasangan kit aerodinamik M Performance Parts, frem keselamatan dan kerusi lumba Recaro - M Sport.

BMW M bukan saja membekalkan kenderaan kepada MotoGP, tetapi turut menganjurkan beberapa acara lain seperti acara BMW M Award yang diberikan kepada pelumba terbaik MotoGP. Acara lain dianjurkan ialah BMW M MotoGP Experience, BMW M MotoGP Experts dan pameran kenderaan dan produk terbaru BMW M Division di lokasi terpilih.

Sekarang, mari kita saksikan foto-foto menarik - yang jarang dapat dilihat - BMW M2 MotoGP:

BMW M2 MotoGP Safety Car.12
BMW M2 MotoGP Safety Car.23
BMW M2 MotoGP Safety Car.02
BMW M2 MotoGP Safety Car.10
BMW M2 MotoGP Safety Car.24
BMW M2 MotoGP Safety Car.04
BMW M2 MotoGP Safety Car.26
BMW M2 MotoGP Safety Car.28
BMW M2 MotoGP Safety Car.19
BMW M2 MotoGP Safety Car.01
BMW M2 MotoGP Safety Car.09
BMW M2 MotoGP Safety Car.22
BMW M2 MotoGP Safety Car.14
BMW M2 MotoGP Safety Car.11
BMW M2 MotoGP Safety Car.05
BMW M2 MotoGP Safety Car.03
BMW M2 MotoGP Safety Car.25
BMW M2 MotoGP Safety Car.17
BMW M2 MotoGP Safety Car.08
BMW M2 MotoGP Safety Car.18
BMW M2 MotoGP Safety Car.27
BMW M2 MotoGP Safety Car.13
BMW M2 MotoGP Safety Car.16
BMW M2 MotoGP Safety Car.20
BMW M2 MotoGP Safety Car.07
BMW M2 MotoGP Safety Car.06
BMW M2 MotoGP Safety Car.21
BMW M2 MotoGP Safety Car.15

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, BMW, BMW M Division, BMW M2, BMW M2 MotoGP Safety Car, Dorna, Dorna Sports, kereta keselamatan MotoGP, MotoGP, MotoGP Safety Car, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev