• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MotoGP Perkenal Peraturan Tekanan Udara Tayar Baharu, Kena Penalti Masa Jika Gagal Patuh

MotoGP Perkenal Peraturan Tekanan Udara Tayar Baharu, Kena Penalti Masa Jika Gagal Patuh

July 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLUMBAAN Kejuaraan Dunia MotoGP 20203 seterusnya bakal berlangsung di GP British, Silverstone dengan peraturan baharu yang mana tayar jentera lumba diwajibkan mengikut tekanan udara ditetapkan.

Jika ada tayar mana-mana jentera dikesan bawah tekanan udara dibenarkan, pelumba itu akan dikenakan penalti. Bagaimanapun, undang-undang tersebut terpakai dalam aksi MotoGP sahaja buat masa ini, sebaliknya Moto2 dan Moto3 masih terkecuali.

Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) sudah menjalani ujian sepanjang musim ini, dan keputusan akan diberikan kepada pengurusan untuk menganalisis tekanan tayar grid sepanjang minggu perlumbaan.

Bagi perlumbaan selepas ini, pelumba dan pasukan mesti menggunakan sekurang-kurangnya 1.9 bar (27.6 psi) tekanan tayar depan dan 1.7 bar (24.7 psi) tekanan tayar belakang.

Berikut penalti yang dikenakan jika gagal mematuhi peraturan baharu itu:

  • Kali pertama: Amaran diberikan
  • Kali kedua: Penalti 3 saat
  • Kali ketiga: Penalti 6 saat
  • Kali keempat: Penalti 12 saat

Bagaimanapun, jika ada pasukan terus menerus melanggar peraturan baharu berkenaan, kelayakan berlumba pasukan boleh ditarik. Namun buat masa ini, hanya penalti masa dikenakan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Senarai Pelumba MotoGP Paling Banyak Terciduk Musim 2023
BACA >>> Dorna Mahu Bantu Pasukan Jepun, Elak Tarik Diri daripada MotoGP?

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: British Grand Prix, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2023, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), TPMS, tyre pressure monitoring system

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev