• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kramer GP2-890RR (2024) Edisi Terhad, Supersport Jerman Enjin KTM, Harga RM181k!

Kramer GP2-890RR (2024) Edisi Terhad, Supersport Jerman Enjin KTM, Harga RM181k!

July 31, 2023 By Shawkath Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR jentera trek khas, Kramer Motorcycles menawarkan supersport Kramer GP2-890RR (2024) di Amerika Syarikat (AS) yang hadir dalam dua warna pilihan, Brno Blue (biru) dan Brainerd Black (hitam).

Model dibangunkan berasaskan platform GP2 itu dihadkan pengeluaran 125 unit sahaja yang setiap unit dijual pada harga AS$39,995 (RM181,220). Berikut perincian Kramer GP2-890RR (2024):

Kramer GP2-890RR (2024) - 3
Kramer GP2-890RR (2024) - 4
  • Setiap unit memiliki nombor khas tertera pada bahagian hendal.
  • Dijana enjin KTM 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 889cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 138hp @ 10,100rpm dan tork 100Nm @ 8,200rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir PASC dan QuickShifter dwi-arah.
  • Berat 142kg.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) WP Apex Pro 7543 boleh laras penuh dengan jarak travel 120mm di depan, dan monoshock WP Apex Pro 7746 dengan jarak travel 140mm.
  • Sistem dwi-brek cakera 290mm dengan kaliper Brembo Stylema (depan), belakang cakera tunggal 230mm dengan kaliper Brembo P2. Saiz rim 17 inci.
  • Tangki minyak daripada plastik khas yang juga berfungsi sebagai ekor motosikal bagi membantu mengurangkan berat dengan kapasiti 16 liter.
  • Dilengkapi sembilan tahap Kawalan Traksi yang boleh dinyah aktif, dan sistem Kawalan Wheelie lima tahap yang juga boleh dipadamkan.
  • Ada kawalan had kelajuan (SLC) lorong pit sebagai standard, pilihan mengehadkan brek enjin dan pemetaan terotel.
  • Panel meter AiM MXS 1.3 Race GPS dengan perekod data.
  • Dipasangkan damper stereng Hyper Pro RC, rantai DID ERV 520 Racing x-ring dan fairing kombinasi gentian karbon dan gentian kaca.
  • Model ini akan mula dijual September 2023.
  • Ini model pertama dihasilkan di kilang baharu Kramer di Burghausen, Jerman.
  • Ini juga motosikal pertama Kramer dengan rekaan logo baharu Kramer Motorcycles.
Kramer GP2-890RR (2024) - 1
Kramer GP2-890RR (2024) - 2
Kramer GP2-890RR (2024) - 3
Kramer GP2-890RR (2024) - 4
Kramer GP2-890RR (2024) - 5
Kramer GP2-890RR (2024) - 6
Kramer GP2-890RR (2024) - 7

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kramer GP2-890RR (2024), Krämer Motorcycles, KTM, motosikal trek, roda2, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev