• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 RR (2024) Tambah Warna Baharu di India, Harga RM16.5k

BMW G 310 RR (2024) Tambah Warna Baharu di India, Harga RM16.5k

July 31, 2023 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW MOTORRAD India mendedahkan BMW G 310 RR (2024) dengan mengemas kini skema warna baharu Cosmic Black 2 (hitam) dalam siri sportbike kecil jenama itu.

Pilihan warna baharu ditawarkan bersama tona Sport sedia ada dalam warna biru, putih, merah dan hitam.

Berbeza Black Storm Metallic, yang juga berwarna hitam pada model terdahulu, BMW G 310 RR (2024), warna baharu ini  mendapat sentuhan aksen merah pada grafik fairing sisi dan frem. Model lama cuma ada dua tona hitam dan putih sahaja.

Aspek rekabentuk, mekanikal dan ciri pula kekal sama.

Model ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 313cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronim(EFI) berkuasa 33hp @ 9,700rpm dan tork 27.3Nm @ 7,700rpm, serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri  klac antigelincir Assist and Slipper (ASC).

Ciri BMW G 310 RR (2024) ialah lampu LED penuh, panel meter digital penuh dan empat mod tunggang: Track, Sport, Rain dan Urban.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek jenis brek cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Bahagian roda dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 di depan dan 150/60 (belakang).

BMW G 310 RR (2024) dijual pada harga 300,000 rupee (RM16,590), dan terdapat dalam dua warna pilihan seperti dimaklumkan di atas. Dalam segmen sama, spoertbike ini bersaing dengan lawan seperti KTM RC 390, TVS Apache RR 310 dan Kawasaki Ninja 300.

Yamah juga dikhabarkan bersedia memasuki pasaran sportbike 300cc menerusi YZF-R3 menjelang 2024.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW G 310 RR (2024), BMW G310RR (2024), BMW Motorrad India, Cosmic Black 2, roda2, Sportbike 300cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my