• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ANIH: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Dibuka Semula

ANIH: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Dibuka Semula

July 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGENDALI Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), ANIH Berhad (ANIH) mengumumkan membuka semula laluan KM66.1 selepas menyelesaikan isu tanah mendap di lokasi tersebut.

Pada Rabu lalu, satu lubang besar di KM66.1 KLK dikesan berikutan insiden tanah mendap hingga sebahagian lebuh raya terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut hadir ke lokasi kejadian dan mengumumkan masa jangkaan baik pulih struktur lebuh raya berkenaan.

ANIH berkata;

Susulan kejadian tersebut, semua pihak terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Malaysia Rail Link (MRL) membuat penilaian segera dan dengan kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah mengambil tindakan pemulihan segera.

"ANIH bersama pihak terlibat bekerjasama dalam memudahkan pembukaan semula lebuh raya dengan segera, memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Tindak balas yang terselaras daripada pasukan ANIH bersama sokongan pihak berwajib memainkan peranan penting dalam menyelesaikan keadaan dengan pantas semasa usaha pemulihan."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my