• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda CR-V 2017 Kini Dalam Versi Turbo - Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi!

Honda CR-V 2017 Kini Dalam Versi Turbo - Bakal Masuk Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi!

March 28, 2017 By Abang GYL 1 Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda CR-V 2017SAWASDEE-KRUB! Kami kini berada di Bangkok International Motor Show (BIMS) dan model paling menarik perhatian sudah pasti Honda CR-V 2017.

Kenapa kami memilih Honda CR-V 2017? Ini kerana pasaran Malaysia turut akan menerima kehadiran model ini dalam tempoh terdekat.

Bagi pasaran Thailand, ia baru saja dilancarkan baru-baru ini dan hadir dalam dua pilihan enjin iaitu 1.6L Turbo Diesel dan 2.4L petrol.

Bagaimanapun, pasaran Malaysia tidak akan hadir dalam varian 1.6 Turbo Diesel sebaliknya akan digantikan dengan enjin 1.5L Turbo seperti mana dipadankan pada model Honda Civic. Selain 1.5L Turbo, pasaran Malaysia turut menerima kehadiran versi 2.4L.

BACA >>> 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

Honda CR-V 20171. HARGA DI THAILAND

  • Honda CR-V 2017 1.6 Turbo Diesel 4WD - 1,699,000 baht (RM217,510.50)
  • Honda CR-V 2017 1.6 Turbo Diesel 2WD - 1,549,000 baht (RM198,307.10)
  • Honda CR-V 2017 2.4 EL 4WD - 1,549,000 baht (RM198,307.10)
  • Honda CR-V 2017 2.4 E 2WD - 1,399,000 baht (RM179,103.70)

Honda CR-V 20172. ENJIN

Honda CR-V 2017 1.6L i-DTEC 4-silinder Turbo Diesel

  • 160hp @ 4,000rpm
  • 350Nm @ 2,000rpm
  • Transmisi Shift by Wire automatik 9-kelajuan

Honda CR-V 2017 2.4L Petrol

  • 173hp @ 6,200rpm
  • 224Nm @ 4,000rpm
  • Transmisi CVT
Honda CR-V 2017

3. PESAING

  • Nissan X-Trail
  • Mazda CX-5
  • Kia Sorento
  • Volkswagen Tiguan

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula 'Tak Masuk Akal'

4. APA MENARIK PASAL HONDA CR-V 2017?

  • Lampu utama dan belakang LED, lampu DRL LED
  • Gril dengan rupa lebih menonjol
  • Roda aluminium rekaan baharu
  • Bahagian dalaman lebih luas, 7-tempat duduk pelbagai konfigurasi
  • Corong penyaman udara untuk kerusi barisan kedua dan ketiga
  • Kerusi pemandu boleh laras lapan arah elektrik
  • Penyaman udara i-dual zone
  • Skrin Advanced Touch Audio Display berukuran tujuh inci - Serasi dengan Apple CarPlay
  • Meter TFT pelbagai paparan dan informasi kenderaan
  • But belakang bebas tangan (Hands-free Power Tailgate) dengan fungsi ketinggian boleh laras
  • Driver Attention Monitor - Beri amaran kepada pemandu pada meter TFT dan gegaran pada stereng
  • Agile Handling Assist
  • Honda LaneWatch
  • Parkir Brek Elektrik
  • Automatic Brake Hold

5. BILA NAK MASUK MALAYSIA?

Persoalannya, bilakah model ini akan masuk Malaysia? Berdasarkan maklumat kami terima, Honda CR-V 2017 akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Bagaimana pula dengan harga? Memandangkan harga di Thailand sudah menjejaki RM200,000 bagi varian Turbo Diesel, kami menjangkakan harga Honda CR-V 2017 akan dijual pada harga sekitar RM150,000 hingga RM190,000.

Mari kita sama-sama nantikan dan jom layan foto yang sempat kami ambil di BIMS 2017.

BACA >>> 10 Fakta Perlu Anda Tahu Mengenai Honda City Facelift

GALERI

Honda CR-V 2017
Honda CR-V 2017
Honda CR-V 2017
Honda CR-V 2017
Honda CR-V 2017
Honda CR-V 2017

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: CR-V, Honda CR-V 2.4L, honda cr-v 2017, Honda CR-V 2017 Malaysia, Honda CR-V 2017 thailand, Honda CR-V 2017 turbo, kia sorento, Mazda CX-5, volkswagen tiguan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my