• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bomba Sedia Garis Panduan Bina Stesen Cas EV

Bomba Sedia Garis Panduan Bina Stesen Cas EV

July 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan garis panduan untuk pembinaan stesen cas kenderaan elektrik (EV) di premis seluruh negara.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, garis panduan itu  sudah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dinilai sebelum diumumkan kelak.

Beliau berkata;

Bagi menyiapkan garis panduan ini, kita bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA) dan pelbagai badan bukan kerajaan.

“Antara cadangan dalam garis panduan tersebut ialah jarak kenderaan dari laluan masuk dan keluar premis, tingkat yang sesuai untuk pemasangan dan pelbagai perkara lain.”

Ahmad Izram menjelaskan, garis panduan itu ialah prosedur permohonan dan kelulusan pemasangan stesen cas EV di premis, sama ada dalam atau luar bangunan dengan melihat daripada sudut keselamatan kebakaran.

Garis panduan itu disediakan untuk kawalan keselamatan kebakaran untuk pemasangan stesen pengecas EV di premis dan kawasan komersial serta tidak melibatkan lokasi kediaman.

Setakat ini, ada 1,063 stesen cas EV seluruh negara dan Kerajaan menjangka 10,000 stesen cas lagi akan dibina menjelang 2025.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Ahmad Izram Osman, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA), Stesen Pengecas EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev