• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Delica D:5 Jadi Van Rasmi Pasukan Mitsubishi Ralliart untuk AXCR 2023

Mitsubishi Delica D:5 Jadi Van Rasmi Pasukan Mitsubishi Ralliart untuk AXCR 2023

August 17, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA dekad lalu PROTON menggunakan Proton Saga, Iswara dan Wira dalam perlumbaan rali dan van Mitsubishi Delica sebagai kenderaan sokongan bagi membawa perkakasan lumba dan sebagainya.

Jentera celoreng merah dan hitam Mitsubishi Delica D:5 yang digunakan Pasukan Mitsubishi Ralliart untuk lumba rali Asia Cross Country Rally (AXCR) 2023 mengingatkan kembali gandingan itu.

Tahukah anda, pelumba Mitsubishi Ralliart Team, Katsuhiko Taguchi pernah memandu untuk pasukan Proton PERT.

Penggunaan Mitsubishi Delica D:5 juga sempena meraikan ulang tahun ke-55 dan Mitsubishi Motors menyediakan bukan satu, tetapi empat unit sebagai kenderaan sokongan pasukan Mitsubishi Ralliart Team. Pengenalan dibuat pada hari sama Mitsubishi Triton (2023) dilancarkan di Thailand.

Pemilihan Mitusbishi Delica D:5 adalah keputusan tepat dengan ciri istimewa seperti badan kuat menerusi frem rib bone dan sistem pacuan empat roda (AWD) kawalan elektronik yang sesuai dipandu dalam pelbagai cuaca dan permukaan jalan.

Pengarah pasukan, Hiroshi Masuoka dan jurutera Mitsubishi akan menggunakan van diubah suai itu untuk pelbagai tujuan seperti menganalisis keadaan pertandingan, merancang strategi dan memberi bantuan teknikal di perhentian servis (service park).

Antara modifikasi dibuat ialah rim aluminium WORK Crag dan tayar permukaan lecak (mud-terrain) Yokohama. Dua gabungan itu memang padan dan menyerlah menerusi pengadang lumpur Ralliart merah.

Set suspensi asal diganti jenama JAOS untuk pengendalian lebih baik atas permukaan mencabar. Atas bumbung pula dipasang rak untuk membawa barang tambahan, lampu sorot dan tangga pada pintu but belakang.

Sama seperti Triton AXCR, badan Mitsubishi Delica D:5 menggunakan celoreng merah-hitam dan lambang kepada lahar yang memancur.

Mitsubishi Delica D:5 dipacu enjin 4N14 2.2L DI-D turbo berkuasa 143hp @ 3,500rpm, dan tork 380Nm @ 2,000rpm yang dipadan transmisi automatik 8-kelajuan.

BACA >>> Mitsubishi Triton Gen-6 dengan Enjin Diesel Baharu Lancar di Thailand, Masuk Malaysia 2024
BACA >>> 16k Unit Mitsubishi Delica Mini (2023) Ditempah di Jepun, 60 Peratus Pilih 4WD!
BACA >>> Mitsubishi Outlander PHEV, Model PHEV Nombor Satu di Jepun Sepanjang Fiskal 2022!

Mitsubishi Delica D:5 Support Car:
Mitsubishi Triton AXCR 2023:

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Delica, Mitsubishi Delica D:5, Mitsubishi Delica D:5 Support Car, Mitsubishi Ralliart, RALLIART, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my