• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rins Dapat Tawaran Jadi Rakan Lumba Quartararo, Morbidelli Bakal Tegrugat?

Rins Dapat Tawaran Jadi Rakan Lumba Quartararo, Morbidelli Bakal Tegrugat?

July 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


ALEX Rins masih menimbangkan tawaran menyertai pasukan Yamaha bermula Kejuaraan Dunia MotoGP musim depan, menurut Honda. Malah rundingan menegnai perkara itu masih di peringkat perbincangan.

Rahsia itu bocor selepas pemilik pasukan LCR, Lucio Cecchinello dipetik portal GPOne berkata;

Dia memang dah dapat tawaran Yamaha. Rundingan sudah bermula dengan mereka dan Honda menerusi wakilnya walaupun aku tak terlibat dalam proses tu.

"Aku tak ada maklumat muktamad, aku hanya boleh cakap memang rugi untuk hilang orang macam Alex (Rins) sebab dia memang rider bagus duk ada.

"Dia sedang ambil masa buat penilaian dan faham solusi terbaik. Memang masuk akal kalau teruskan projek dengan Honda. Dia sudah menang satu perlumbaan dan motor pasti akan jadi lebih laju daripada jangkaan bila perbaharui komitmen dengan HRC.

"Sebaliknya, Yamaha offer dia tempat dalam pasukan rasmi, jadi mungkin situasi ini agak berbeza."

Cecchinello turut menjelaskan mengenai klausa kontrak yang membenarkan Rins meneroka peluang diterima. Berikut penjelasan beliau;

Alex tanda tangan kontrak dengan HRC membabitkan dua musim, 2023 dan 2024, tetapi ada opsyen keluar kalau dia dapat tawaran pasukan Factory.

"Tahun lalu memang ada cubaan menyatukan Rins dan Yamaha, tapi gagal sebab (Franco) Morbidelli. Jadi pengurus dia memang mahu opsyen ini."

Morbidelli kini ialah rakan sepasukan Fabio Quartararo dalam pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, dan bakal menjadi mangsa keadaan jika Rins memilih menyertai pasukan berkenaan.

Ini akan mendesak Morbidelli untuk berharap dapat mencari posisi dalam famili Ducati, atau mungkin bersama pasukan Mooney VR46. Rins kini sedang berehat akibat kecederaan patah kaki dan bakal kembali ke saingan GP Silverstone, 6 Ogos depan.

Apabila ditanya pembabitan Rins dalam GP Silverstone, Cecchinello berkata;

Alex minta kami tunggu hingga hujung bulan ini untuk mengetahui kondisi fizikal.

"Dia sudah ambil langkah pertama dalam kolam dan hari itu dia kirim video tunjuk sedang kayuh basikal kat gim."

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Alex Rins, Auto Terkini, LCR Honda, Lucio Cecchinello, MotoGP, MotoGP 2023, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev