• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemain Bola Kedah, Mat Don Pun Sanggup Ambil Lesen P, Anda Bila Lagi?

Pemain Bola Kedah, Mat Don Pun Sanggup Ambil Lesen P, Anda Bila Lagi?

March 27, 2017 By Han Othman 4 Comments

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA dan bola sepak berpisah tiada. Kita lupakan sebentar hal liga bola sepak luar negara, sekarang kita kecohkan seketika tentang pemain import pasukan Kedah, Liridon Krasniqi yang baru saja menamatkan ujian Lesen P dengan jayanya.

Liridon yang terkenal dengan julukan Mat Don di kalangan peminat bola sepak Kedah ialah pemain Albania kelahiran Kosovo.  Beliau memulakan karier bersama Kedah pada 2015 yang ketika itu bermain di Liga Perdana dan tidak mengambil masa lama untuk membantu Hijau Kuning menjejak kaki ke final Piala Malaysia pada tahun sama walaupun tewas kepada Selangor.

Tahun berikutnya, aksi Mat Don semakin menyinar dan mula menjadi buah mulut peminat bola sepak tempatan apabila merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2016 bersama Kedah selepas menewaskan pasukan sama, Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.

AMBIL LESEN

Kereta apakah yang dipandu Mat Don?
Kereta apakah yang dipandu Mat Don?
liridon-krasniqi-lesen-P
liridon-krasniqi-lesen-L

Sekitar awal tahun ini, Mat Don pernah diuar-uarkan sudah ada lesen memandu L Malaysia. Kemudian, Ahad lalu, Mat Don memuat naik pula gambar lesen P yang menandakan dia kini sudah boleh memegang stereng secara sah di jalan raya Malaysia dengan syarat menampal pelekat P selama dua tahun.

Berdasarkan gambar, lesennya akan tamat tempoh pada 25 Mac 2019. Apakah Mat Don sedang berkira-kira mahu menetap lama di bumi Malaysia? Apakah Mat Don bersedia menjadi pemain naturalisasi Malaysia yang baru saja menerima pucuk pimpinan terbaru dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)?

Apakah pula kereta Mat Don di Malaysia? Apakah Mat Don akan membeli kereta Proton yang tentunya tiada di Albania? Sama-samalah kita nanti gambar-gambar terkini yang bakal dimuat naik pemain tinggi lampai dan bertubuh sado itu.

Selamat memandu kepada Mat Don. Ingat, potong kenderaan kena sebelah kanan. Dan jangan lupa bagi signal! 😀

Finally Malaysian Driver License 😝✌🏻️ What could be Next Malay Pass..?? 😳#Kedah #LK8

A post shared by MATDON (@liridonkrasniqi_8) on Mar 26, 2017 at 2:47am PDT


KREDIT FOTO: Instagram Liridon Krasniqi

Related

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainment, bola sepak, Kedah, Kedah FA, lesen P, Liridon Krasniqi, Mat Don, Mat Don dapat lesen

Comments

  1. MATHAN A/L SHANMUGAM says

    April 26, 2017 at 11:30 AM

    hi sir
    I am mathan a/l shanmugam collage student
    940102105509
    h/p no :01123125046
    i don,t have any licens
    sir how i want to apply for b2 motorbike leciens plz do help
    i anm from port klang , selangor

    Reply
  2. abdul sammad yahaya says

    January 21, 2018 at 11:28 AM

    Dekat negeri sembilan bila nk buat myprihatin untuk lesen memandu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev