• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Buka Jam 7 Malam Ini

Menteri: Laluan KM66.1 Lebuhraya KL-Karak Buka Jam 7 Malam Ini

July 26, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan laluan KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dijangka dibuka semula kira-kira jam 7 malam ini.

Beliau meninjau lokasi kejadian tanah mendap pagi tadi sebelum menghadiri program Lawatan Tapak ke Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 6: Persimpangan Kapar - Persimpangan Assam Jawa.

Alexander berkata;

Saya telah turun meninjau keadaan jalan mendap (sinkhole) di Lebuhraya KM66.1 Lebuhraya KL-Karak (Bentong) pada jam 9.30 pagi tadi.

"Bagi memastikan keselamatan pengguna, saya telah mengarahkan kesemua agensi yang terlibat untuk mengambil tindakan segera dan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi mengesan sebarang kegagalan bawah tanah di lokasi.

"Kerja-kerja membaik pulih dijangka dapat diselesaikan seawal jam 7 petang ini tertakluk kepada penilaian akhir pihak jurutera ECRL, LLM dan ANIH Berhad. Keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya adalah keutamaan saya."

Terdahulu, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja pemantauan dan pembaikan yang berjalan lancar, selain memuji sistem kontraktor yang berjaya mengesan pergerakan tanah dengan langkah penutupan jalan dibuat lebih awal.

Beliau dipetik Sinar Harian berkata;

Mereka buat sistem untuk mengetahui ada movement (pergerakan) tanah dekat kawasan ini. Memang ada sistem pengesan, jadi dipasang banyak sensor (alat pengesan).

"Oleh kerana itu apabila akan berlaku, mereka akan cepat-cepat menutup jalan... oleh sebab itu tiada kenderaan lalu semasa kejadian. Itu boleh kita puji sistem guna di sini dapat halang sebelum berlaku kejadian."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Tanah mendap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev