PIHAK Berkuasa Pembangunan Manila Metropolitan (MMDA) mengadakan pertemuan dengan pihak operator stesen minyak untuk membincangkan cadangan membina khemah perlindungan sementara buat penunggang motosikal berteduh ketika hujan lebat.
Pada dua tahun lalu, MMDA mula merancang rekaan ruang bawah jejambat sepanjang jalan raya utama sebagai tempat perlindungan hujan sementara untuk penunggang motosikal yang terperangkap akibat hujan lebat.
Objektif MMDA adalah menghalang penunggang mencari tempat perlindungan sementara bawah jejantas yang berbahaya dan kerap menyebabkan kesesakan trafik, selain meningkatkan keselamatan daripada kenderaan lain.
MMDA turut sedia mempertimbang masalah dan kekangan yang dibangkitkan pihak operator dalam pertemuan berkenaan.
Operator stesen minyak meminta kami mengemukakan cadangan dan garis panduan penggunaan khemah perlindungan bagi menangani kebimbangan operasi dan keselamatan." kata MMDA.
BACA >>> Filipina Larang Penguat Kuasa Rampas Nombor Plat Pesalah Trafik
BACA >>> 'JPJ Filipina' Tetap Harga Siling Bayaran Ujian Perubatan untuk Lesen Memandu
SUMBER: Motopinas
Leave a Reply