• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hero Karizma (2024) Lancar di India 29 Ogos, Pencabar Bajaj Pulsar RS200, Suzuki Gixxer SF 250

Hero Karizma (2024) Lancar di India 29 Ogos, Pencabar Bajaj Pulsar RS200, Suzuki Gixxer SF 250

July 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HERO MotoCorp dijangka mengembalikan tawaran sportbike premium Hero Karizma (2024) ke pasaran India pada 29 Ogos depan, dianggarkan berharga 180,000 rupee (RM10,055).

Pencabar kepada Bajaj Pulsar RS200 dan Suzuki Gixxer SF 250 itu bakal dilengkapi ciri termaju seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan sistem penyejukan cecair, iaitu pertama diperkenalkan pengeluar tersebut.

Sebelum ini, Hero MotoCorp pernah mempamerkan generasi baharu Karizma pada acara perhimpunan pengedar di India. Menurut laporan, Hero Karizma (2024) akan dijana enjin 210cc penyejukan cecair berkuasa sekitar 25hp dan tork 25Nm.

Model lama sebelum ini menggunakan enjin 223cc dengan output kuasa 20hp.

Hero Karizma (2024) baharu mendapat rekabentuk lebih segar dengan set fairing sisi selapis yang dipanjangkan hingga lampu depan. Fairing sisi pula menutup sebahagian kecil badan motosikal dengan sebahagian enjin didedahkan.

Sportbike ini bakal hadir dalam warna menarik, dan pilihan dwi-tona. Berdasarkan foto tular di acara perhimpunan lalu, modelitu dilihat dalam warna merah dengan peg kaki diposisikan ke belakang untuk ergonomik tunggangan lebih sporty.

Rim aloi pula berwarna hitam, manakala enjin berwarna tembaga, lebih gelap berbanding model China Zontes 310X. Mufler ekzos ditinggikan dekat peg kaki pembonceng, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Bagaimanapun, Hero Karizma (2024) ini mungkin mengekalkan komponen fork konvensional dan bukan jenis fork terbalik (USD).

Sportbike itu juga mungkin menggunakan panel meter digital penuh dengan sambungan Bluetooth, sistem lampu LED penuh dan navigasi GPS arah-ke-arah (turn-by-turn).

SUMBER: RushLane | BikeWale

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Hero Karizma, Hero Motocorp, roda2, sportbike, sportbike 210cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev