• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Tiger 900 Aragon Edition (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.3k

Triumph Tiger 900 Aragon Edition (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.3k

July 21, 2023 By Aryon Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles
mendedahkan varian edisi istimewa Aragon Edition untuk adventure tourer, Tiger 900 Rally dan Tiger 900 GT sempena meraikan kejayaan kategori Trail diraih Ivan Cervantes pada acara tahunan Baja España Aragon ke-38.

Model edisi spesial ini mendapat kemas kini prestasi dan kosmetik daripada model standard.

Triumph Tiger 900 Rally Aragon Edition (2023) misalnya, mendapat skema warna tiga tona dengan aksen Racing Yellow (kuning) pada paruh depan, fairing sisi dan tangki minyak. Juga didatangkan standard dengan bar rempuh pelindung tangki minyak.

Varian jalanan, Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) pula mendapat naik taraf gaya, juga dengan liveri tiga tona, terdiri daripada Diablo Red, Matte Phantom Black, dan Crystal White bersama perincian jenama 'Tiger' dan 'Aragon Edition'.

Bagaimanapun, berbanding Rally, varian GT tiada bar rempuh pelindung tangki minyak. Triumph turut menawarkan 65 aksesori pilihan kustom untuk kedua-dua model.

Spesifikasi mekanila dijana enjin 3-silinder sebaris 888cc penyejukan cecair berkuasa 93.9hp @ 8,750rpm dan tork 87Nm @ 7,250rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan.

Harga pasaran Rally Aragón Edition ialah £13,995 (RM81,840), manakala GT Aragón Edition berharga £13,695 (RM80,305).

BACA >>> Triumph Tiger 900 Bond Edition Sempena Filem James Bond, 240 Unit Sahaja, Harga RM83.9k
BACA >>> Triumph Tiger Scrambler 1200 XE Ditunggang Craig dalam James Bond Dilelong RM713k!

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Baja España Aragon, Ivan Cervantes, roda2, Triumph, Triumph Motorcycles, Triumph Tiger 900 Aragon Edition (2023), Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023), Triumph Tiger 900 Rally Aragon Edition (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my