• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V Generasi Ke-5 Kini di Thailand dengan Enjin 1.6 Turbo Diesel, Malaysia Bakal Menyusul!

Honda CR-V Generasi Ke-5 Kini di Thailand dengan Enjin 1.6 Turbo Diesel, Malaysia Bakal Menyusul!

April 9, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Automobile (Thailand) mendahului negara Asean lain dan beberapa pasaran utama dunia apabila melancarkan Honda CR-V baharu - generasi ke-5. Malah menjadi negara pertama di luar Amerika Utara - selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - juga negara pertama di rantau Asia dan Oceania melancarkan CR-V baharu.

Honda CR-V sememangnya kenderaan utiliti sukan (SUV) popular dunia dengan jualan sebanyak 8.7 juta sejak pertama kali dilancarkan. Menariknya, model baharu ini dibekalkan enjin 1.6L i-DTEC Diesel Turbo yang dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan shift-by-wire. Turut ditawarkan ialah varian enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan transmisi pemboleh ubah variabel (CVT).

Berikut ialah fakta menarik tentang kenapa Honda CR-V baharu dipasarkan di Thailand terlebih dahulu berbanding negara lain:

  • Antara negara strategik Honda.
  • Pusat eksport kenderaan dan alatan serta pasaran terbesar Honda di rantau Asia dan Oceania.
  • CR-V baharu dipasang di kilang Ayutthaya - Honda merancang mengeksport 75,000 unit import (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD) dalam masa setahun.

CIRI-CIRI UTAMA

Berikut ialah ciri-ciri utama Honda CR-V baharu (berbeza ikut varian):

  • Lampu utama dan belakang LED, lampu siang (DRL) LED
  • Rekaan gril lebih menonjol
  • Rekaan rim baharu
  • Dalaman lebih luas dengan 7-tempat duduk multikonfigurasi
  • Ventilator penyaman udara untuk kerusi barisan kedua dan ketiga
  • Kerusi elektrik pemandu boleh laras 8-cara
  • Penyaman udara zon duaan, i-dual zone
  • Skrin sentuh termaju - Advanced Touch Audio Display bersaiz 7-inci yang serasi Apple CarPlay
  • Meter TFT multipaparan dan informasi
  • But belakang bebas tangan (hands-free power tailgate) dengan fungsi ketinggian boleh laras
  • Monitor Perhatian Pemandu - Driver Attention Monitor - berfungsi memberi amaran kepada pemandu menerusi meter TFT dan gegaran stereng
  • Bantuan pengendalian tangkas - Agile Handling Assist
  • Bantuan tukar lorong - Honda LaneWatch
  • Fungsi brek parkir elektrik (EPB) menggunakan punat
  • Fungsi brek automatik ketika berhenti - Automatic Brake Hold
  • Warna -  White Orchid Pearl (putih), Crystal Black Pearl (hitam), Modern Steel Metallic (kelabu), Lunar Silver Metallic (perak) dan satu warna khusus untuk varian DT EL 4WD dan 2.4 EL 4WD iaitu Dark Olive Metallic (hijau gelap).

ENJIN

Ada dua enjin dengan teknologi Earth Dream Honda ditawarkan:

1.6L i-DTEC 4-Silinder Diesel Turbo

  • Kuasa maksimum 160hp @ 4,000rpm; Tork maksimum 350Nm @ 2,000rpm
  • Transmisi automatik 9-kelajuan shift-by-wire
  • Penggunaan bahan api varian DT E ialah 18.9km/l

2.4L DOHC i-VTEC 4-Silinder

  • Kuasa maksimum 173hp @ 6,200rpm; Tork maksimum 224Nm @ 4,000rpm
  • Transmisi variabel berterusan (CVT)
  • Sesuai bahan api E85

HARGA

Di Thailand, Honda CR-V baharu dipasarkan dalam segmen premium dengan harga mencecah RM200,000. Berikut ialah perincian varian dan harga CR-V:

Diesel

  • DT EL 4WD - 1,699,000 baht RM217,510.50
  • DT E - 1,549,000 baht RM198,307.10

Petrol

  • 2.4 EL 4WD - 1,549,000 baht RM198,307.10
  • 2.4 E - 1,399,000 baht RM179,103.70

Selepas pelancaran Thailand, kebiasannya Malaysia akan menjadi destinasi berikutnya. Honda Malaysia sudahpun memaklumkan ada dua lagi model baharu bakal dilancarkan tahun ini selepas BR-V dan City facelift. Kemungkinan CR-V generasi ke-5 ini akan dipasarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Honda CR-V sedia ada sudah berada di pasaran sejak 2013.

Honda CR-V Back
Honda CR-V Console
Honda CR-V Folding Seat
Honda CR-V Front
Honda CR-V Interior
Honda CR-V Utility

Related

316
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Automobile (Thailand) Co., Honda CR-V

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev