• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Type-R Kini di Filipina, Pertama Kali di Asia!

Honda Civic Type-R Kini di Filipina, Pertama Kali di Asia!

April 2, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEBUT Honda Civic Type-R di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 beberapa minggu lalu membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk. Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak.

Banyak video yang dimuat naik menambahkan​ lagi degupan jantung dan selepas dipamerkan kepada khalayak umum di GIMS 2017 pada awal bulan ini, Honda Civic Type-R kini sudah diterbangkan buat pertama kali ke Asia. Lebih tepat, Civic Type-R akan diusung ke Filipina sempena Pameran Motor Antarabangsa Manila (MIAS) 2017 yang berlangsung bermula 30 Mac hingga 2 April ini (hari ini).

Kami tidak pasti niat sebenar Honda mempamerkan jentera hebat itu di sana. Apa yang pasti tiada sebarang pengumuman daripada pihak Honda bahawa Civic Type-R akan dijual di negara itu atau mana-mana negara Asean. Mungkin sekadar mengocak air tenang untuk berseronok semata-mata.

Selain Civic Type-R, Honda Cars Philippines Inc (HCPI) turut mempamerkan barisan kenderaan yang tidak kurang menarik untuk pengunjung MIAS 2017. Berikut ialah senarai pameran model Honda:

Model Pameran Khas
  • Honda Civic Type-R
Model Kenderaan Aksesori
  • Honda Civic
  • Honda BR-V
  • Honda HR-V MUGEN
Model Edisi Khas
  • Honda City MIAS Edition (8 unit sahaja)

Walaupun memang sah tiada berita hitam putih Civic Type R akan dipasarkan di Asean, tetapi pameran di Filipina itu bolehlah dianggap sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan buat peminat Type-R di rantau ini! Pengeluar Jepun itu pastinya lebih faham tentang pasaran kereta berprestasi di Asean.

GALERI

Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-1
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-2
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-3
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-4
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-5
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-6
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-7
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-8
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-9
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-10
BERITA baik! Honda Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk Honda Civic Type-R ke pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, ia mungkin akan dibawa masuk dalam unit terhad memandangkan harga jualan yang agak tinggi. Berdasarkan beberapa sumber yang PanduLaju terima, Honda Civic Type-R dijangka bakal diperkenalkan selepas pelancaran Honda CR-V tidak lama lagi. Manakala anggaran harga jualan bagi Honda Civic Type-R ialah sekitar RM300,000. ENJIN 2.0l I-VTEC TURBO Honda Civic Type-R yang membuat debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 baru-baru ini membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk. Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak. Lihat saja kuasa disebalik enjin yang terbenam pada hud hadapan. Honda Civic Type-R dipadankan dengan enjin 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD). Hasil padanan kotak gear manual 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 318hp dan tork puncak 400Nm. Untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, Honda Civic Type-R didatangkan dengan tiga mod pacuan iaitu Comfort, Sport dan Track. Jika melihat pada anggaran harga di Malaysia, ia agak sukar untuk dijual. Beli memang akan ada, tetapi mungkin dalam kuantiti yang sedikit. Jadi tidak hairanlah Honda Malaysia berkemungkinan hanya akan membawa unit terhad. Bagi peminat yang ternanti-nanti Honda Civic Type-R, anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian. Atau mungkin sudah sampai masa berbisik di telinga isteri supaya menghadiahkan anda Honda Civic Type-R sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi. Apa-apapun, selamat menjadi wahai kaum adam :-)
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-12
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-13
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-14
Honda-Civic-Type-R-Filipina-2017-15

KREDIT FOTO: Top Gear Philippines (Mark Jesalva)

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Cars Philippines, Honda Civic Type R, Honda Civic Type-R 2017, Inc., Pameran Kenderaan Antarabangsa Manila (MIAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev