• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Seleweng Diesel, Warga Emas Serah Diri Sebab Penat Dikejar KPDN Kelantan

Gagal Seleweng Diesel, Warga Emas Serah Diri Sebab Penat Dikejar KPDN Kelantan

July 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG suspek warga emas dipercayai cuba menyeleweng diesel menyerah diri selepas menyedari kenderaannya dikejar anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan sejauh 10km.

Menurut perkongsian Facebook KPDN Kelantan, suspek ialah lelaki warga tempatan berumur 69 tahun dan dikesan menerusi Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu-Tumpat di Kelantan kira-kira jam 10 pagi semalam.

Pasukan penguat kuasa mengesan kenderaan jenis pacuan empat roda (4x4) tersebut dengan nombor pendaftaran asing yang dipercayai membawa diesel dalam tangki diubah suai.

Suspek dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sedang berlegar-legar sekitar Kota Bharu dan mengisi diesel berulang kali di beberapa stesen minyak.

Sebaik saja menyedari kenderaan diekori, suspek dalam keadaan cemas memecut menghala ke Tumpat melalui jalan utama Pasir Pekan–Pengkalan Kubor sebelum berhenti kerana kepenatan.

Trak pikap dipandu suspek berhenti di Jalan Wakaf Bharu, Tumpat dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan anggaran barang kawalan 300 liter dalam tangki tambahan disyaki diubah suai. Harga semasa seliter diesel ialah RM2.15.

ANGGARAN NILAI RAMPASAN

  • Diesel: RM645
  • Kenderaan: RM70,000

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan, Kota Bharu-Tumpat, Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan, Seludup Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my