• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Santa Fe (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Berkotak!

Hyundai Santa Fe (2024) Diperkenal dengan Rekabentuk Berkotak!

July 28, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Company
memperkenalkan Hyundai Santa Fe (2024) generasi kelima dalam bentuk radikal berbanding sebelum ini.

Sejak generasi pertama, Hyundai Santa Fe setia dengan rekabentuk berbucu lembut dan kali ini benar-benar berbeza. Hyundai juga melonjakkan lagi trend rekabentuk berkotak yang dipegang pengeluar lain sejak sekian lama.

Hyundai memaklumkan Hyundai Santa Fe (2024) dibuat bagi memaksimumkan ruang but belakang dan memenuhi keperluan aktiviti luar (outdoor) dan bandar.

Bahagian depan Santa Fe menyerlah dengan garis, gril dan lampu siang (DRL) bentuk H yang diulangi semula pada corak bampar. Rekaan bentuk H adalah terjemahan kepada logo 'H' untuk Hyundai.

Berdasarkan gambar boleh dilihat jarak roda (wheelbase) panjang, tetapi nampak normal hasil lekukan badan dan bentuk berkotak. Walaupun berkotak, bumbung Hyundai Santa Fe (2024) dibuat landai ke belakang dan bukan segi empat tepat.

Lagi yang menonjol ialah fender depan dan belakang tebal yang dicantum dengan anjur (overhang) depan pendek. Ruang roda diisi rim 21 inci yang sepadan badan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Bahagian belakang tampil ringkas tanpa drama, kecuali grafik lampu corak H yang sepadan lampu depan dan dipasang ke bawah, manakala bentuk pintu but mengingatkan kita kepada jip era 80-an dan 90-an.

Selain bukaan pintu luas, praktikaliti Hyundai Santa Fe (2024) disambut kerusi baris ketiga dan kedua yang dapat dilipat sepenuhnya. Bukan setakat mesin basuh, tetapi mesin pengering pun nampak boleh dimuatkan sekali.

Pada ruang kabin depan, corak H sekali lagi digunakan dan dapat dilihat pada papan pemuka dan ventilator udara. Perkakasan moden diserlahkan pada skrin berbucu yang menggabungkan kluster instrumen digital saiz 12.3 inci dan unit infotainment.

Tidak cukup saiz besar, Hyundai menggunakan tema cerah untuk menjadikan kabin nampak lebih luas selain corak ira kayu pada panel pintu dan material kulit Nappa pada balutan kerusi.

Hyundai Santa Fe (2024) dilengkapi beberapa bahan lestari seperti pelapik bumbung sued, karpet dan bahagian belakang kerusi baris kedua dan ketiga daripada plastik kitar semula dan kemasan pintu daripada kulit tiruan (leatherette) mesra alam.

Maklumat terperinci akan didedahkan pada pelancaran rasmi. Bagaimanapun, daripada pintu but dapat dilihat logo 2.5T dan HTRAC yang merujuk kepada enjin 2.5L turbo dan sistem pacuan semua roda (AWD).

Sebagai rujukan, Hyundai Santa Fe generasi keempat dilancarkan di pasaran tempatan pada Mei 2019 dan dijual pada harga bermula RM169,888.

BACA >>> Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!
BACA >>> Ini Cara Teknologi Lampu Pintar Hyundai IONIQ 6 Berfungsi, Tak Silaukan Pemandu Depan!
BACA >>> Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan

 

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Santa Fe, Hyundai Santa Fe (2024), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my