• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Demi Kepuasan Pelanggan, Toyota Perkenal 'Care That Amazes'

Demi Kepuasan Pelanggan, Toyota Perkenal 'Care That Amazes'

April 1, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA sejak puluhan tahun lalu terkenal sebagai pengeluar kenderaan yang boleh diharap, tahan lasak dan menjimatkan minyak. Di Malaysia sejak 60-an, pelbagai generasi pengguna negara ini sudah merasai pengalaman pemilikan kenderaan Toyota yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif negara.

Usaha keras Toyota bukan sahaja demi memenuhi jangkaan pelanggan, tetapi turut menjangkauinya. Sejak mula pelanggan dibawa memasuki bilik pameran untuk melihat model terkini sehinggalah kepada detik-detik manis memiliki kenderaan Toyota.

UMW Toyota Motor (UMWT) kini cuba menambahbaik aspek khidmat pelanggan menerusi pelancaran program 'Care that Amazes' dengan matlamat memberikan khidmat dan pengalaman pemilikan terbaik kepada setiap pelanggan Toyota. Apakah itu Care That Amazes?

Toyota Drive Mobile Apps
Toyota Drive

TOYOTA CARE THAT AMAZES?

  • 5 Tahun Waranti - Setiap kenderaan baharu Toyota ditawarkan waranti lima tahun, tanpa had perbatuan dan boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya dalam tempoh lima tahun kereta didaftarkan.
  • 1 Tahun Waranti Badan dan Cat - Jika kereta rosak akibat kemalangan dan dibaik pulih di mana-mana bengkel badan dan cat (body and paint) Toyota, pengguna diberikan waranti setahun.
  • Aksesori Peribadi - Pelanggan boleh dapatkan aksesori berkualiti yang dipasang pekerja profesional Toyota dengan bayaran pendahuluan minimum.
  • TopMark - Premis kenderaan terpakai Toyota, di mana semua kondisi semasa kenderaan akan diperiksa secara menyeluruh termasuk baki pinjaman, manakala kenderaan terpakai yang dibeli juga diberikan waranti setahun.
  • Jaringan Seluruh Negara - Toyota menawarkan liputan perkhidmatan seluruh negara demi keselesaan pelanggan.
  • Toyota 24Seven Road Assist - Khidmat bantuan jalanan jika kenderaan bermasalah. Sah bagi tahun pertama pemilikan dan boleh digunakan bila-bila masa, hari dan lokasi seluruh negara. Turut disediakan khidmat menunda kenderaan ke pusat servis Toyota berhampiran.
  • Sokongan Pelanggan - Menawarkan bantuan khidmat pelanggan kepada pemilik Toyota dengan penuh dedikasi. Pemilik juga boleh hubungi Toyota untuk memperbaharui cukai jalan.
  • Toyota Drive - Aplikasi mobil untuk pemilik telefon pintar iOS atau Android yang membolehkan pelanggan Toyota menyemak butir sejarah servis dan membuat janji temu untuk khidmat penyenggaraan. Muat turun sekarang!

Related

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Care That Amazes, khidmat pelanggan Toyota, Toyota, Toyota Malaysia, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my