• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / EMOS Lancar Modenas Z650, Ninja 650, dan Versys 650 (2023), Harga Mula RM34,500

EMOS Lancar Modenas Z650, Ninja 650, dan Versys 650 (2023), Harga Mula RM34,500

July 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI Modenas, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) hari ini memperkenalkan tiga model baharu, Modenas Z650, Ninja 650, dan Versys 650 (2023) untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM34,500!

Semua tiga model itu kini sedia dibeli di pengedar sah Kawasaki seluruh negara bermula akhir Julai ini. Berikut perincian ketiga-tiga model berkenaan:

1. MODENAS Z650

Berikut spesifikasi Modenas Z650 (2023):

  • Trenkuasa: Dijana enjin dwi-silinder sebaris Parallel Twin 649cc DOHC berkuasa 50.2kW (67.3hp) dan tork 65.7Nm.
  • Kedudukan ergonomik ditambah baik: Frem direka semula dan posisi tunggangan lebih ergonomik untuk lebih keselesaan dan kawalan mantap untuk semua jenis penunggang.
  • Elektronik canggih: Kini menampilkan panel meter TFT penuh untuk paparan maklumat tunggangan lebih jelas dan turut menawarkan tiga mod tunggang berbeza: Sport, Road dan Rain.
  • Pengendalian Dipertingkat: Suspensi dikemas kini dan casis dipertingkat menyumbang kepada pengendalian lebih mantap dan tangkas.
  • Warna dan Harga: Ada dua pilihan warna, iaitu Metallic Spark Black, berharga RM34,500, dan Metallic Matte Graphenesteel Gray, berharga RM35,200.

2. MODENAS NINJA 650

Berikut spesifikasi Modenas Ninja 650 (2023):

  • Trenkuasa: Dijana enjin dwi-silinder sebaris Parallel Twin 649cc DOHC berkuasa 50.2kW (67.3hp) dan tork 64 Nm.
  • Rekabentuk benarik: Menampilkan rekabentuk agresif dengan sistem lampu LED dan rupa depan tajam yang tampak lebih agresif.
  • Teknologi canggih: Penunggang diberikan ciri konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi mobil Kawasaki Rideology, untuk akses maklumat dan data penting.
  • Ciri keselamatan dipertingkat: Tambahan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem kawalan traksi bagi memastikan keselamatan dan kestabilan lebih baik dalam pelbagai situasi tunggangan.
  • Warna dan Harga: Ada dua pilihan warna, iaitu Metallic Matte Graphenesteel Gray, berharga RM35,200, dan Lime Green/Ebony, berharga RM35,900.

3. MODENAS VERSYS 650

Berikut spesifikasi Modenas Versys 650 (2023):

  • Trenkuasa: Dijana enjin dwi-silinder sebaris Parallel-Twin 649cc DOHC berkuasa 49kW (65.7hp) dan tork 61Nm.
  • Visor angin boleh laras: Penunggang boleh melaraskan ketinggian visor angin di depan dengan mudah untuk meminimum rintangan angin dan mengoptimum aerodinamik, termasuk meningkatkan keselesaan tunggangan jarak jauh.
  • Sistem suspensi: Menampilkan sistem suspensi dinaik taraf untuk kestabilan lebih baik dan perjalanan lebih lancar dalam pelabagai kondisi rupa bumi dan jalan raya.
  • Gaya dipertingkat: Dengan rekabentuk serba baharu dan lampu LED, model ini menampilkan gaya sport tourer yang lebih moden, agresif, dan mampu menarik perhatian untuk tunggangan atas jalan raya biasa atau off-r0ad.
  • Warna dan harga: Ada dua pilihan warna: Metallic Spark Black, berharga RM38,400, dan Candy Limegreen/Metallic Flat Spark Black, berharga RM39,100.

BACA >>> 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
BACA >>> EMOS Teroka Segmen Off-Road dengan Dua Varian Kawasaki KX250, Harga Mula RM35k!

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Emos, Kawasaki, Kawasaki Ninja 650 (2023), Kawasaki Versys 650 (2023), Kawasaki Z650 (2023), Modenas, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my