• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bengkel Wajib Siar Senarai Nama Mekanik, Kelayakan, dan Status Alat Ganti

Bengkel Wajib Siar Senarai Nama Mekanik, Kelayakan, dan Status Alat Ganti

July 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA kini boleh memilih bengkel yang mempunyai mekanik berkelayakan apabila Kerajaan memutuskan pengusaha bengkel kini perlu mempamerkan senarai nama mekanik dan kelayakan sijil kemahiran di kawasan mudah dilihat pelanggan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, syarat itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa seluruh negara 1 Julai lalu.

Menurutnya, langkah tersebut akan menggalakkan pengusaha bengkel mempersijilkan mekanik sedang bertugas atau menggajikan mekanik yang memiliki sijil kemahiran.

Selain itu, kriteria lain adalah pengusaha perlu menyatakan dengan jelas kategori alat ganti yang digunakan sama ada baharu, terpakai atau yang sudah dibaik pulih untuk diguna semula."

Salahuddin berkata pindaan peraturan juga mengkehendaki pengusaha menyatakan dengan jelas kategori alat ganti digunakan sama ada baharu, terpakai atau yang telah dibaik pulih untuk diguna semula.

Ini bagi memastikan pengguna mengetahui jenis kategori alat ganti digunakan untuk pembaikan atau pengubahsuaian kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Salahuddin, pindaan peraturan berkenaan sudah diwartakan 22 Jun 2022 selepas beberapa siri libat urus dengan pihak industri dan sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai tahun sama.

Bagaimanapun penguatkuasaannya ditangguhkan selama setahun bagi membolehkan pihak industri membuat persiapan sebelum penguatkuasaan ke atas peraturan itu dibuat sepenuhnya bermula 1 Julai 2023.

"Tempoh penangguhan bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 sudah tamat pada 30 Jun 2023 dan peraturan ini berkuat kuasa sepenuhnya Bahagian Penguatkuasa KPDN seluruh negara pada 1 Julai 2023.

"Sekiranya berlaku pelanggaran atas ketidakpatuhan kepada peraturan ini boleh dikenakan tindakan seperti diperuntuk bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599),” katanya lagi.

BACA >>> Saman Ubah Suai Motosikal Akan Naik, Pengusaha Bengkel Juga Tidak Lepas
BACA >>> Bengkel Kenderaan Kena Kompaun Sebab Tak Pamer Harga

SUMBER: Bernama

Related

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bengkel, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Mekanik, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, sijil kelayakan, Sijil kemahiran, Workshop

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my