• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / INEOS Grenadier Quartermaster - Trak Pikap dengan Enjin BMW 3.0L Turbo, Harga Mula RM392k

INEOS Grenadier Quartermaster - Trak Pikap dengan Enjin BMW 3.0L Turbo, Harga Mula RM392k

August 24, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KENDERAAN jip yang dulu dibikin ringkas dan lasak kini sudah menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) berstatus premium.

Ruang itu memberi peluang kepada Pengerusi INEOS, Jim Ratcliffe menubuhkan Ineos Automotive dengan mengeluarkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) lasak INEOS Grenadier.

Tidak hanya satu pilihan, INEOS Grenadier ditawarkan dalam tiga varian: Utility Wagon (versi 2- dan 5-kerusi), Station Wagon dan terbaharu, trak pikap Quartermaster (foto atas).

Trak pikap itu banyak berkongsi komponen Station Wagon, tetapi frem Quartermaster ialah 305mm lebih panjang dan hasilnya lebih besar dengan banyak muatan dapat dibawa.

Berukuran panjang 1,564mm dan lebar 1,619mm, ruang belakang pula mudah diisi palet Euro (1,200mm x 800mm), manakala beban muatan 760kg dan kapasiti tunda 3,500kg, sama seperti Station Wagon.

INEOS Grenadier Quartermaster.08
INEOS Grenadier Quartermaster.10

Quartermaster juga dijana enjin sama, 6-silinder BMW 3.0L turbo, B58 petrol dan B57 diesel yang dipadankan transmisi automatik ZF 8-kelajuan dan pacuan 4x4 kekal.

Kunci diferensial tengah (CDL) dan kotak pindah (transfer case) 2-kelajuan dijadikan ciri standard dan pelanggan boleh mendapatkan kunci depan dan belakang sebagai pilihan.

Lagi komponen dikongsi ialah suspensi depan dan belakang five-link tugas berat dengan spring. Brek depan dwi-piston Brembo dan stereng kuasa bantuan hidraulik.

Dari segi keupayaan off-road, INEOS Grenadier Quartermaster mempunyai jarak tinggi bumi 264mm dan boleh meredah air hingga kedalaman 800mm.

Susunan varian dibuat mengikut Station Wagon, iaitu standard, Trialmaster dan Fieldmaster.

Ada banyak aksesori ditawarkan seperti kanopi kanvas kalis air, penutup tonneau gulung boleh kunci, rak bumbung dan pelbagai mounting untuk membawa tong dan penyodok.

Mengenai harga, model asas Quartermaster petrol dan diesel ditawarkan pada £66,215 (RM392,780), manakala Trialmaster dan Fieldmaster masing-masing berharga £73,715 (RM437,220).

Spesifikasi INEOS Grenadier Quartermaster

INEOS Grenadier Quartermaster.12
INEOS Grenadier Quartermaster.14
INEOS Grenadier Quartermaster 3.0L Petrol Turbo
  • Enjin: BMW B58 2,998cc
  • Kuasa dan Tork: 284hp @ 4,750 rpm); 450Nm @ 1,750rpm-4,000rpm
  • Kelajuan maksimum: 159kmj
  • Pecutan 0-100kmj: 8.8 saat
INEOS Grenadier Quartermaster 3.0L Diesel Turbo
  • Enjin: BMW B57 2,993cc
  • Kuasa dan Tork: 247hp @ 3,250rpm-4,200rpm; 550Nm @ 1,250rpm-3,000rpm
  • Kelajuan maksimum: 159kmj
  • Pecutan 0-100kmj: 9.8 saat
Keupayaan Off-Road
  • Kelegaan: 26.4mm
  • Sudut depan (approach angle): 35.5º
  • Sudut tengah (ramp breakover angle): 26.2º
  • Sudut lepas (departure angle) 22.6º
  • Jarak redah air: 800mm

BACA >>> #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 6x6 (2023) - Modifikasi Ford F-150 Raptor R Lebih RM2j!
BACA >>> 5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain!

INEOS Grenadier Quartermaster.01
INEOS Grenadier Quartermaster.02
INEOS Grenadier Quartermaster.03
INEOS Grenadier Quartermaster.04
INEOS Grenadier Quartermaster.05
INEOS Grenadier Quartermaster.06
INEOS Grenadier Quartermaster.07
INEOS Grenadier Quartermaster.08
INEOS Grenadier Quartermaster.09
INEOS Grenadier Quartermaster.10
INEOS Grenadier Quartermaster.11
INEOS Grenadier Quartermaster.12
INEOS Grenadier Quartermaster.13
INEOS Grenadier Quartermaster.14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ineos, INEOS Grenadier, INEOS Grenadier Quartermaster, Jim Ratcliffe, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev