• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

March 26, 2017 By Han Othman Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA sudah sedia maklum kebanyakan lampu kereta moden kini sudah dinaik taraf daripada jenis mentol halogen kepada xenon (HID), dan paling terkini, LED. Penambahbaikan itu bukan atas faktor kosmetik semata-mata walaupun tidak dinafikan penampilan kereta dengan lampu xenon dan LED tampak lebih mengancam, tetapi faktanya, disebabkan faktor keselamatan. Ini antara evolusi lampu kenderaan yang semakin bertambah baik hari ini.

Persoalannya, benarkah pencahayaan lampu LED lebih baik dan lebih cerah ketika malam berbanding xenon dan halogen? Video di bawah ini akan menjelaskan kepada anda perbezaan kedua-dua lawan lampu yang lain. Model digunakan ialah dua Porsche 911 untuk lampu xenon dan LED, manakala halogen ialah Volkswagen Golf.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

LAMPU MANA LEBIH CERAH?

Halogen vs Xenon
LED vs Xenon

Jelas sekali halogen dikalahkan teruk dengan xenon dan LED yang lebih cerah. Kesimpulannya, jika memilih lampu LED, anda akan dapat lebih banyak manfaat. Xenon lebih cerah dan terang berbanding mentol halogen biasa. Tetapi, metod pencahayaan LED sangat berbeza, di mana cahaya dihasilkan menggunakan diod dan elektron, bukan filamen dan gas.

Jadi, saiz LED lebih kecil, tahan lama dan kurang menggunakan tenaga berbanding Xenon. Bagaimanapun, lampu xenon lebih terang berbanding LED ketika suluh tinggi (high beam), manakala kos pembuatan LED pula lebih tinggi. Ini menyebabkan harga kereta yang ada ciri lampu LED lebih mahal.

Berikut ialah keputusan ujian antara lampu halogen, xenon dan LED:

SULUH RENDAH (Low Beam)
  • Halogen 650/900 lux
  • Xenon 1100/1600 lux
  • LED 1600/2200 lux
SULUH TINGGI (High Beam)
  • Halogen 2200 lux
  • Xenon 3800 lux
  • LED 3600 lux

* lux ialah unit ukuran bagi tahap pencahayaan, juga dipanggil iluminans (illuminance) atau iluminasi (illumination)

Mari kita lihat video penuh ujian berkenaan:
* Durasi video 5:11 minit

SUMBER: Car Scoops

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, lampu halogen, lampu HID, lampu LED, lampu xenon, perbezaan jenis lampu kereta, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev