BOS Aprillia Racing, Massimo Rivola menganggap harapan pasukannya mendapatkan mantan juara dunia MotoGP, Marc Marquez dan Fabio Quartararo sebagai pelumba Aprillia sebagai seakan mimpi.
Kontrak kedua-dua pelumba tersebut bakal tamat pada penghujung musim 2024, tetapi tanda tanya perjalanan mereka berdua selepas itu membuatkan padok MotoGP kecoh mengenai banyak pasukan berminat, tetapi tidak untuk Aprillia.
Rivola berkata kepada Speedweek;
Sudah tentu korang boleh mula bermimpi apabila sedar pelumba macam Marquez dan Fabio bergelut dengan motor masing-masing, tapi pada masa sama kami perlu pijak di bumi nyata dan percaya apa kami buat."
Menurutnya, kestabilan pasukan Aprilia Racing sangat penting kerana membawa kepada prestasi. Jadi beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan kerana tidak mahu membuatkan pelumbanya terasa seakan mereka boleh digantikan pada masa singkat.
Ini kerana bagi Rivola, perkara itu tidak akan berkesan dan tidak akan membawa pasukannya ke mana-mana.
Duo veteran Aprilia, Maverick Vinales dan Aleix Espargaro juga masih mempunyai kontrak untuk 2024 dan pasukan pengilang Itali itu tidak menjangka sebarang perubahan mengejut pada barisan pelumba mereka musim depan.
Tambahan pula, aku percaya kat Maverick. Itulah sebab aku cuba pastikan kestabilan," kata Rivola.
Aksi Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 bakal kembali di Litar Silverstone di Britain, 6 Ogos depan.
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Senarai Pelumba MotoGP Paling Banyak 'Terciduk' Musim 2023
BACA >>> Dorna Mahu Bantu Pasukan Jepun, Elak Tarik Diri daripada MotoGP?
SUMBER: Crash
Leave a Reply