POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kaunter bayaran saman dengan tawaran diskaun terpilih 50 peratus di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Dalam poster dikongsikan Facebook Merdeka360, tawaran tersebut berlangsung di reruai nombor lapan, Ahad ini (16 Julai) bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang dalam pembayaran tunai sahaja.
Semua saman PDRM layak mendapat diskaun kecuali saman seperti di bawah ini:
- Kemalangan
- Saman tidak boleh kompaun (non compoundable, NC)
- Saman status Op Selamat
- Saman bicara mahkamah
- Saman berkaitan kenderaan berat seperti m/lori
- Saman kesalahan memotong secara bahaya/potong Q
- Saman kesalahan menggunakan lorong kecemasan
- Saman kesalahan memotong di garisan kembar
- Saman tidak patuh lampu isyarat
- Saman ubah suai ekzos kenderaan
Pelbagai program dilaksanakan pada acara tersebut seperti 6,600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023) bermula Sabtu hingga Ahad ini.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kuching, Sarawak.
BACA >>> PDRM: Ibu Bapa, Penjaga Perlu Pastikan Pelajar Sekolah Bermotosikal Ada Lesen, Pakai Helmet
BACA >>> Tak Datang Beri Keterangan, JPJ Minta PDRM Keluar Waran Kesan Opai
SUMBER: Bernama
Leave a Reply