• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Buka Ibu Pejabat di Selangor Tahun Ini

Tesla Buka Ibu Pejabat di Selangor Tahun Ini

July 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IBU pejabat Tesla di Malaysia akan dibuka di Selangor tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman ini dibuat selepas pertemuan maya Anwar bersama pemilik Tesla, Elok Musk yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, hari ini.

Beliau turut mengucap tahniah dan menegaskan Kerajaan memberi sokongan terhadap pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik (EV) Tesla milik Musk di Selangor, tahun ini.

Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia," kata Anwar.

Menurutnya, Malaysia akan terus memperkasa komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awal 2050.

Selain itu Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif, serta sumber berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih, termasuk mobiliti elektrik.

Anwar berkata dalam Facebook;

Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih laju dan meluas, terutama kawasan pedalaman yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah minimum bagi meningkatkan rangkaian Internet global."

Menurutnya, inisiatif tersebut akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutama aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.

BACA >>> 10 Lokasi Tesla Supercharger Dikenal Pasti Di Malaysia
BACA >>> Harga Rasmi Tesla Model Y di Malaysia Bermula RM199k

SUMBER: BHarian

Related

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Elon Musk, Ibu Pejabat, PM, Selangor, Tesla, Tesla Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev