• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naked Bike CFMoto 450NK (2023) Lancar di China, Harga RM17.6k!

Naked Bike CFMoto 450NK (2023) Lancar di China, Harga RM17.6k!

July 14, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMoto baru-baru ini memperkenalkan naked bike 450NK (2023) di China dalam tiga warna pilihan pada harga bermula 27,880 yuan (RM17,680).

Tiga warna pilihan diperkenalkan itu ialah biru, hitam dan putih. Persoalannya, adakah model itu akan dilancarkan di Malaysia kerana CFMoto Malaysia memang ada menawarkan sportbike CFMoto 450SR.

Berikut perincian streetbike CFMoto 450 NK (2023)

Naked bike ini ada kaitan rapat dengan sportbike fairing penuh CFMoto 450 SR yang diperkenalkan awal 2023 dan dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Dijana trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 449.3cc DOHC penyejukan cecair dengan aci engkol 270º, menawarkan kuasa 49.6hp @ 9,500rpm dan tork 39Nm @ 7,600rpm, manakala kelajuan maksimum sekitar 180kmj (jangkaan).

Menggunakan transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Slipper Clutch.

Memiliki kapasiti tangki minyak 14 liter, manakala berat kerb sekitar 165kg. Tinggi pelana 795mm dan boleh direndahkan kepada 785mm, atau ditinggikan hingga 815mm.

Bahagian roda menggunakan rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).

Bahagian casis menggunakan frem keluli tubular dan swingarm aluminium. Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang).

Sistem brek jenis cakera tunggal 320mm dengan kaliper J.Juan 4-piston di depan), dan cakera tunggal 220mm (belakang), serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Ciri lain ialah sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu signal belok, dan lampu belakang. Panel meter 5 inci disediakan konektiviti Bluetooth dan sistem navigasi GPS.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, CFMoto 450NK (2023), Mforce, Naked Bike 450cc, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my