MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) akan menambah satu lagi jenama motosikal Itali untuk pasaran Malaysia di bawah edaran syarikat itu, bulan depan. Jenama itu ialah MBP, atau Moto Bologna Passione.
MBP membuat debut rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 menerusi model tourer adventure premium, MBP T1002V dan turut menawarkan pelbagai model menarik daripada kapasiti 125cc hingga 1,000cc.
Debut MBP di Malaysia akan mengambil tempat di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS 23) pada 24-27 Ogos depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Sebagai makluman, MBP ialah subsidiari bawah pengeluar motosikal China, Qianjiang yang juga memiliki beberapa jenama lain seperti Benelli, QJ Motor dan Keeway.
Leave a Reply