• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / LEVC TX Access (2023) - daripada Teksi kepada Kenderaan Serba Guna, Muat Kerusi Roda!

LEVC TX Access (2023) - daripada Teksi kepada Kenderaan Serba Guna, Muat Kerusi Roda!

August 4, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR teksi hitam London, LEVC (London Electric Vehicle Company) menambah satu lagi model ke pasaran, iaitu TX Access.

Dalaman model TX memang luas yang dimanfaatkan LEVC pada LVC TX Access untuk kegunaan sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan. Ruang dalaman LVC TX Access dapat memuatkan pengguna kerusi roda dan hingga enam penumpang.

Malah, pengguna tidak perlu melipat kerusi roda, dan boleh masuk terus ke dalam kabin melalui tanjakan serta dilipat ke lantai untuk operasi dan pelarasan pantas.

Ruang dalaman LVC TX Access yang luas membolehkan kerusi dipusing menghadap depan. Dari segi keselamatan, sistem ikatan mengikut piawaian ISO 10542 yang membolehkan pengguna kerusi roda duduk dengan selamat sepanjang perjalanan.

Lantai jenis rata dengan lapisan tahan gelincir turut membantu aspek keselamatan dan kestabilan. Satu lagi ciri canggih ialah kerusi berputar yang boleh bergerak keluar kereta.

Banyak lagi ciri bermanfaat seperti butang braille, set pendengaran hearing induction loop dan sistem mikrofon untuk komunikasi antara penumpang dan pemandu.

Selain itu, LVC TX Access dilengkapi sensor jarak depan dan belakang, kamera hadap belakang dan sistem bantuan pemanduan untuk perjalanan selamat. Ini bukan kenderaan biasa kerana menggunakan teknologi penambah jarak (range extender) dengan pakej enjin 3-silinder 1.5L turbo dan motor elektrik.

LVC TX Access boleh dipandu hingga 536km dengan jarak elektrik sejauh 125km.

BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!
BACA >>> Geely Galaxy - Model Elektrifikasi Premium dari China yang Serba Canggih, Pintar

LEVC TX Access
LEVC TX

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: LEVC, LEVC (London Electric Vehicle Company), LEVC TX, LEVC TX Access

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my