• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Adventure Tourer CFMoto 700MT (2023) Lancar di Eropah, Harga RM33k!

Adventure Tourer CFMoto 700MT (2023) Lancar di Eropah, Harga RM33k!

July 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal China yang semakin terkenal di pasaran Asia dan Eropah, CFMoto melancarkan model adventure tourer, CFMoto 700MT (2023) di pasaran Eropah pada harga €6,490 (RM33,030).

CFMoto 700MT (2023) ialah model CFMoto 650MT (dipanggil Adventura 650 di Amerika Syarikat) dalam versi ditambah baik, dan bukan dibina berasaskan CFMoto 800MT kerana dihasilkan daripada platform berbeza.

CFMoto 700MT (2023) baharu ini mengekalkan kualiti asas 650 MT dengan enjin dipertingkat kepada 693cc dan ditambah baik daripada siri 700 CL-X. Berikut perincian model berkenaan:

  • Dijana enjin 2-silinder sebaris 693cc berkuasa 67hp @ 600rpm dan tork 60Nm @ 7,250rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir.
  • Menggunakan frem tiub keluli chrome-molybdenum.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm di depan, dan monoshock boleh laras prabeban dan lantun semula (rebound) di belakang.
  • Dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70-17 di depan, dan tayar 160/70-17 di belakang.
  • Menggunakan sistem dwi-brek cakera J.Juan (subsidiari Brembo) 300mm (depan), dan cakera tunggal 240mm (belakang). Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Kapasiti tangki minyak 18 liter, berat basah 218kg
  • Panel meter TFT digital warna penuh 5 inci, dan turut disediakan dua port USB, Type-A dan Type-C.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan lampu signal belok.

CFMoto berhasrat menempatkan 700MT (2023) dalam pasaran motosikal kembara popular Eropah. Antara pesaing terdekat model ini ialah Yamaha Tracer 7, Kawasaki Versys 650, dan Suzuki V-Strom 650 yang lebih lama.

BACA >>> CFMoto 450SR S (2023) Muncul di China dalam Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
BACA >>> CFMoto Papio 125 XO (2023) Masuk Pasaran Jun Ini, Harga Mula RM8.8k!

CFMoto 700MT (2023)-1
CFMoto 700MT (2023)-5
CFMoto 700MT (2023)-8
CFMoto 700MT (2023)-7
CFMoto 700MT (2023)-2
CFMoto 700MT (2023)-9
CFMoto 700MT (2023)-3
CFMoto 700MT (2023)-4
CFMoto 700MT (2023)-6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure, adventure tourer, cfmoto, CFMoto 700MT (2023), Eropah, roda2, touring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev